in

“Kecoh!”- [VIDEO] Ramai Panik Ingatkan Gempa Bumi, Rupanya Hanya Jubin Retak di Harbour Mall Sandakan

JUBIN RETAK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak berdepan dengan situasi mencemaskan dalam mana-mana mall sampaikan korang terpaksa keluar dan rupa-rupanya itu hanya ‘false alarm’ atau hanya insiden kecil sahaja yang berlaku.

Bunyi kuat jubin retak di sebuah lot kedai di Harbour Mall Sandakan, Sabah menyebabkan orang ramai berlari keluar kerana menyangka bangunan itu akan runtuh.


2 6

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @fyplah_official, dia sempat merakamkan detik-detik orang awam yang cemas serta kelam kabut keluar dari pusat beli belah berkenaan kerana menyangka ada gempa bumi yang berlaku.

@mhmdaariz_

Siapalah yang prank gempa bumi tadi dekat mall di Sandakan. Habis orang pakat lari tadi ? #fyp #sandakan

♬ original sound – Fyp lah! – mhmdaariz

Dalam video pendek tersebut juga, keadaan nampak sangat kecoh dan panik. Ada wanita yang sedang menggendong anak, orang tua yang kelam kabut turun daripada eskalator dan budak kecil yang menangis. Habis semua pakat lari!

1 6

Susulan video kejadian itu yang tular, pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah berkenaan menerusi kenyataan menyangkal dakwaan bahawa bangunan itu runtuh, namun mengakui terdapat bunyi kuat dari tingkat 4 premis, lapor Berita Harian.

“Ya, terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat. Ia berpunca daripada satu bahagian kecil jubin lantai yang retak pagi ini” – Pihak pengurusan bangunan

Menurutnya lagi, mereka memberi jaminan bahawa bangunan pusat beli belah mereka adalah dalam keadaan kukuh dan tiada isu struktur seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pihak pengurusan Harbour Mall meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak mempercayai serta menyebar berita palsu tanpa mengesahkan kebenarannya.

Sementara itu, unit penguatkuasaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sandakan membuat pemeriksaan ke atas bangunan dan hanya menemui beberapa jubin retak dalam sebuah lot kedai.

Mujurlah tiada perkara yang serius jadi dekat public!

Baca: “Puasnya hati” – [VIDEO] MPV Kena Sagat Sampai Hilang Warna Sebab ‘Parking’ Haram Di Mall”

3 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.