Sebuah acara jualan beg tangan jenama tempatan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur bertukar kecoh apabila ramai pelanggan mendakwa tidak dibenarkan masuk walaupun sudah beratur sejak awal pagi.
Lebih mengejutkan, ada yang sanggup menunggu sehingga 15 jam semata-mata untuk membeli beg viral tersebut, namun akhirnya pulang dengan tangan kosong.
Seorang pelanggan yang kecewa meluahkan rasa marahnya, menyifatkan ini sebagai pengalaman membeli-belah paling teruk pernah dialaminya.
“Orang dah datang dari pagi, tunggu berjam-jam, tapi tiba-tiba disuruh balik dan sambung beratur esok? Pengurusan teruk gila! Kalau nak buat acara dengan influencer, boleh pilih hari lain.
“Orang dah datang dari jauh, habis duit untuk tol, minyak, parking – siapa nak ganti? 7:30 malam baru nombor 270 dipanggil, tapi korang bagi nombor sampai 1,500? Memang rugi masa dan tenaga!”
Artikel berkaitan: “Lagi Sedap Daripada Pisang Biasa” – Usahawan Kripto Cipta Kontroversi, Makan Pisang Viral Bernilai RM27 Juta
Artikel berkaitan: Sekali Lagi ‘Viral’ Sebab Tak Kena Banjir, Netizen Persoal Kenapa Rumah Lain Tak Contohi Rumah Ini
@irdinafzlx THE WORST EVER BRIK EVENT! orang dah datang dari pagi, menunggu berjam jam lepastu kau nak suruh customer kau balik & sambung beratur esok?
Bukan itu sahaja, beberapa video lain di media sosial turut menunjukkan situasi kecoh di lokasi.
Dalam salah satu video yang tular di TikTok, kelihatan orang ramai berhimpun di hadapan eskalator tetapi tidak dibenarkan naik ke premis jualan.
Malah ada juga, anggota RELA dan petugas acara juga dilihat cuba menenangkan keadaan yang semakin tegang.
“Apa ni? Kami beratur dari subuh, tapi tiba-tiba kena datang esok pula?” luah seorang pelanggan yang tidak puas hati.
Namun, di sebalik luahan kekecewaan itu, ramai netizen memberi reaksi sinis terhadap situasi tersebut:
“Jenama tu tak suruh pun korang beratur dari subuh. Pilihan sendiri kan?”
“Banyak je beg lain, tapi tetap nak berebut yang ini. Lepas tak dapat, nak marah pula.”
Selain isu menunggu lama, ada juga pelanggan yang mendakwa barisan mereka dipotong oleh orang lain.
“Salam dari nombor 73. Sepatutnya saya dah di depan, tapi ada orang baru sampai terus potong barisan.”
“Aku tengok je orang yang baru datang tiba-tiba menyelit konon-konon borak dengan kawan. Licik betul!”