Sehari dua ini korang mungkin perasan tiba-tiba isu laksa kecoh diperkatakan oleh netizen ramai.
Semuanya bermula daripada komen seorang wanita di Facebook yang dikatakan mengutuk laksa dari negeri lain yang menurutnya menggunakan ikan murah. Aikk??
Menerusi perkongsian Saluddin Ismail di Facebook, dia yang dihubungi oleh pemilik posting berkenaan menceritakan kembali kronologi mengenai isu laksa ini sehingga tercetusnya ”Perang Laksa’ di media sosial.
“Kalau tak ada ikan parang guna ikan tenggiri. Jangan jatuhkan standard kami orang Johor”
Semuanya dikatakan bermula apabila seorang suri rumah berkongsi resepinya membuat Laksa Johor menggunakan ikan sardin di sebuah grup masakan dan kuih muih di Facebook.
Pada awalnya posting tu memang menerima komen positif netizen sehinggalah datang seorang kakak ni tiba-tiba bercakap pasal gunakan ikan tenggiri untuk buat kuah Laksa Johor.
Dia juga mengutuk ikan selayang dan kembung yang katanya murah dan sering digunakan untuk buat kuah laksa di negeri utara dan pantai timur. Pulakk….
“Pasal ikan pun nak gaduh ada standard atau tidak”
Komen dari kakak tersebut sekaligus membuatkan rata-rata netizen naik angin sehingga habis semua geng-geng laksa dari negeri lain keluar mempertahankan laksa dari negeri mereka.
Malah siap ada lagi netizen yang membidas kakak tu dengan mengatakan laksa yang digunakan orang Johor bukan laksa sebenar kerana mereka menggunakan spaghetti.
“Anggap sahaja ini sebagai hiburan”
Bimbang isu ini jadi pergaduhan berat pula, Saluddin mengingatkan bahawa netizen janganlah terlalu serius kerana mungkin kakak yang memberi komen ‘laksa’ tu mungkin hanya nak bergurau tapi tiba-tiba pula isu jadi serius.
Apa-apapun, korang anggap jelah isu ini sebagai hiburan. Bagi admin, semua jenis laksa dari mana-mana negeri pun sedap!
Baca: “Apa kes?” – Viral Video Gaduh Di Kedai Mamak, Netizen Dakwa Hanya Sebab ‘Murtabak Ayam’?