Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Tular beberapa hari lepas di media sosial berkenaan sebuah novel didakwa nukilan anak muda berumur 23 tahun yang mengandungi babak berahi telah mendapat kecaman hebat netizen.
Novel ada babak berahi
Novel tersebut berkisar tentang seorang gadis baik, ceria dan peramah yang dikenali sebagai Nur Nadia berumur 20 tahun telah disatukan oleh Tengku Adrian Haris yang merupakan seorang usahawan yang bengis, kejam dan mafia yang digeruni. Menurut sumber, mereka telah disatukan bukan atas dasar cinta.
Jadi sepanjang perjalanan kisah novel tersebut, terselit babak-babak rogol serta babak berahi dan ianya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan meraih lebih daripada 4,400 jumlah retweets dalam masa 3 hari.
Apa yang yang menjadi pertikaian adalah, penulis tersebut dikatakan seorang siswazah berumur 23 tahun yang menuntut pengajiannya di sebuah IPTA di Bangi, malah difahamkan penulis novel tersebut merupakan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam.
Ini kerana menurut seorang netizen, istilah yang digunakan itu tidak boleh digunakan sesuka hati kerana ia menunjukkan rasa trauma untuk segelintir orang dan tak patut dibiasakan.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter menyatakan bahawa ia adalah satu perkara yang membimbangkan kerana novel tersebut dibaca oleh ramai golongan muda yang masih di peringkat sekolah.
Malah dia juga menegur kepada mana-mana pihak penerbit untuk lebih bertanggungjawab dalam mengenalpasti cerita-cerita yang bakal diterbitkan. Selain itu, ramai netizen mengkritik hasil nukilan tersebut dan tergamam apabila membacanya.
Kita pula rasa seram – Netizen
Permohonan maaf secara terbuka oleh pihak penerbit
Berikutan dengan penularan kes itu, pihak penerbit telah tambil membuat permohonan maaf secara terbuka, mereka juga menafikan bahawa tiada niat untuk meletakkan sebarang elemen child grooming dalam novel tersebut.
Mereka juga menyatakan bahawa suntingan telah dibuat, malah tidak menyangkan istilah tersebut telah membawa konteks pemahaman yang berbeza oleh pembaca, bahkan pihaknya telah menghentikan penjualan novel ini serta merta.
Bagaimanapun, penulis novel tersebut telahpun mengaku bersalah dan akan menambah baik penulisannya dalam keluaran novel akan datang.
Baca : Tulis Karangan Bertajuk ‘How To Murder Your Husband’, Novelis Didapati Bersalah Bunuh Suami Sendiri