in

Kecoh Kes Pukul Pemandu E-Hailing, TMJ Gesa Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan

Syaz Ft 2024 05 31T162649.061

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) hari ini memberi kenyataan susulan kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana seorang pemandu e-hailing telah dipukul.

Baginda menerusi media sosial bertitah, pihaknya telah memaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.


Artikel berkaitan: “Tiada kaitan dengan bolasepak” –  TMJ Seru Semua Pihak Lawan Keganasan

Artikel berkaitan: TMJ Pandang Serius Isu Kalimah Allah Dekat Stoking, Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya.

Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” titahnya.

Menerusi kenyataan itu, baginda menggesa semua pihak untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, baginda tahu terdapat gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden tersebut namun titahnya, tindakan itu adalah tidak wajar.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.