Ketika ini, nama influencer terkenal di TikTok, Kim Seri yang kini menetap di Korea Selatan menjadi bualan hangat di media sosial susulan didakwa menipu pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya untuk bercuti di negara itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Kim Seri memaklumkan bahawa dia berjanji akan menyelesaikan isu tersebut.
Katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story, dia meminta maaf atas isu yang sedang timbul dan memohon para pelanggan untuk memahami dalam dia melunaskan hutang tersebut.
Artikel berkaitan: Masih Tenang ‘Upload’ Video Kehidupan Di Korea, Kim Seri Muat Naik ‘Update’ Terbaru Isu Refund
Artikel berkaitan: “Sampai airport nama tak wujud” – Ramai ‘Complaint’ Pakej Travel Kim Seri, Tiada Tiket Flight Pulang Ke Malaysia
“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan setulus hati atas segala kebimbangan dan kesulitan yang telah saya timbulkan.
“Saya berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, saya memohon agar anda dapat memahami bahawa pada masa ini, saya tidak dapat untuk melunaskan jumlah pemulangan secara sekali gus.”
Jelasnya, dia memberi jaminan bahawa akan menyelesaikan isu terbabit melalui pelan pembayaran dan akan membayarnya sebelum atau pada 1 Februari 2025.
Kata influencer itu juga, dia akan memberikan butiran dokumen penyelesaian untuk para pelanggannya yang terjejas pada esok hari.
Didakwa hutang pelanggan hampir RM400k
Terdahulu, seorang individu memuat naik senarai nama yang ditipu oleh Kim Seri dan wanita itu didakwa telah berhutang dengan 28 individu, yang mana jumlah keseluruhan kerugian mencecah lebih RM350,000.
terbaca kt thread, dia scam almost 400k..
pls ramai2 report dia nie, biaq kena halau drp korea.. p sana buat taikkk..cr: snbmy https://t.co/34AMlL0UgS pic.twitter.com/azf7eDVICo
— L I S A (@LisaKyu85) December 16, 2024
Ramai meluahkan kemarahan sehingga meminta pihak berwajib di Korea Selatan untuk masuk campur dalam isu ini.
Sumber: Instagram