Isu mengenai had umur dari 16 tahun sehingga ke 35 tahun untuk pengambilan PLKN 3.0 menjadi isu sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terutamanya mereka yang sudah berkahwin.
Dapat dilihat ramai yang memberikan lawak satira dan sinis seandainya mereka terpilih untuk memasuki PLKN.
Artikel Berkaitan : Netizen Cadang Influencer Masuk PLKN, Ini Respon Khairul Aming & Azfar Heri
Artikel Berkaitan : PLKN Bakal Dilaksana Semula, Ini Sejarah Yang Korang Kena Tahu Pasal Latihan Khidmat Negara Di Malaysia
Oleh sebab itu, Kementerian Pertahanan hari ini telah tampil memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia mengenai penetapan had umur buat pelatih program itu.
Sebenarnya, pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Bagi PLKN 3.0 yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 ini, hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 sahaja akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.
Malah, jika peserta itu tidak dapat menyertai latihan atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh membuat permohonan untuk penangguhan. Had maksimum tangguhan itu adalah sehingga umurnya 35 tahun.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1720284278649770357
Harap lepas ni, korang jangan panik lagi dah, dia bukannya nak ambil orang yang umur sampai 35 tahun pun.
Sumber : X