in

Kecoh Isu Jemaah Pergi Umrah Tapi Tak Vaksin, Penceramah Bebas Tampil Jelaskan Hukum…

pag2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah di awal tahun 2022 pun, masih ada lagi golongan yang enggan mendapatkan suntikan vaksinasi untuk melindungi diri mereka dari wabak Covid-19.

Lebih teruk lagi, baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan sejumlah 17 individu yang tidak menerima suntikan vaksin didapati positif dengan varian Omicron selepas menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.


Namun, hingga kini masih belum ada lagi maklumat lanjut tentang bagaimana mereka boleh melepaskan diri dan melanggar SOP untuk ke luar negara.

1210232

Hal ini menjadi persoalan kepada orang ramai, adakah ibadah umrah yang dilaksanakan sah dari hukum syarak sekiranya mereka tidak telus menyatakan status vaksinasi?

Menjawab persoalan itu, Ustaz Hanafi selaku penceramah bebas menyatakan perbuatan menipu status vaksinasi mereka untuk ke Tanah Suci Mekah adalah berdosa di sisi Islam, walaupun ibadah umrah yang dikerjakan itu sah.

1437161

“Dosa yang ditanggung oleh individu terbabit terbahagi kepada dua iaitu dosa menipu dan dosa mendatangkan mudarat kepada orang lain,” tambah pendakwah itu lagi.

Menurutnya, apabila seseorang itu dijangkiti dengan Covid-19, dia berpotensi untuk memudaratkan orang lain, di mana perkara tersebut juga boleh mendatangkan dosa. Semakin luas wabak itu merebak kepada orang ramai, semakin banyak dosa yang akan bertambah.

Matlamat tak menghalalkan cara

Ustaz Hanafi atau nama sebenarnya Mohamed Hanafiah Abdul Malek turut menyarankan agar individu yang terlibat dalam penipuan status vaksinasi untuk menunaikan umrah ini supaya bertaubat segera dengan dosa yang telah dilakukan.

Tambahnya lagi, hasrat seseorang itu untuk ke Tanah Suci bukanlah alasan untuk mereka menipu, lebih-lebih lagi berkaitan status vaksinasi yang mampu menjejaskan orang ramai.

Apabila bercakap mengenai bab menipu, siapa pun, janganlah menipu sebab perbuatan itu akan menyebabkan padah lebih besar terutamanya dalam kemelut seperti Covid-19.”

Macam pelik kan macam mana diorang boleh ‘terlepas’ ke luar negara? Semoga mereka yang terlibat tu bertaubat lah…

Sumber: Portal

Baca: KJ Dedah 12 Jemaah Yang Baru Pulang Umrah, Positif Covid-19 Varian Omicron & Belum Divaksin

4 7

Sumber: Sinar
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.