Baru-baru ini telah tular sebuah perkongsian melalui akaun Instagram penyanyi, Masya Masyitah yang sedang bercuti di Bangkok, Thailand telah menerima pelbagai reaksi netizen.
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan berani Masya mencuba beberapa hidangan mentah ketika percutiannya itu.
Cuba makanan di pasar malam Thailand
Penyanyi berumur 23 tahun itu, menerima kecaman selepas dilihat berselera menikmati juadah sotong dan udang yang masih hidup tanpa rasa ragu-ragu di sebuah pasar malam di Thailand.
Menurut Masya, pada awalnya dia turut berasa seakan-akan mustahil untuk menelan makanan tersebut namun tidak menyangka dapat menikmatinya sehingga habis.
“Ia kelihatan mustahil sehingga ia selesai,” katanya menerusi perkongsian video di Instagramnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan Masya sedang menikmati hidangan sotong dan udang yang masih hidup di dalam bekas makananya dengan penuh selera.
Tambahan pula, dia turut mengangguk-angguk kepalanya sebagai tanda hidangan tersebut menepati cita rasanya.
Apa komen warganet?
Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata warganet menegur tindakan Masya yang didakwa seolah-olah tiada rasa ihsan dan belas kasihan terhadap haiwan yang masih hidup dan mereka juga sempat menitip pesanan agar tidak menjadi ikutan kepada orang ramai.
Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan
Menurut penjelasan dari laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, mereka berpendapat memasak ikan atau sotong kurita atau mana-mana hidupan laut ketika masih hidup adalah makruh dan hukum memakan haiwan berkenaan ketika masih lagi hidup adalah makruh sekiranya tidak memudaratkan.
Sumber: Instagram (Masyitah_masya) , Mufti WPKL
Baca : Makan Seafood Di Sabah Sampai RM750, Netizen Dakwa 4 Pelancong Ni Kena ‘Scam’