in

Kecoh Dakwaan Sekolah Agama Di Selangor Bakal Ditutup, Ini Penjelasan Menteri Agama

sekolah agama ditutup satu penipuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada sekolah harian yang wajib dihadiri oleh para pelajar, ada di kalangan ibu bapa juga mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah agama bagi memantapkan ilmu pengetahuan berkaitan agama Islam.

Pun begitu, sejak dua menjak ini, timbul dakwaan yang mengatakan sekolah-sekolah agama di negeri Selangor bakal ditutup yang mana menimbulkan kebimbangan para ibu bapa. Uish betul ke ni? 


F3ocEzwakAA nZB

“Kenyataan tidak berasas” – Menteri Agama 

Isu ini kemudian telah mendapat perhatian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar yang menafikan dakwaan berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Twitter, beliau menyatakan bahawa dakwaan ‘Sekolah agama di negeri Selangor diarah tutup’ merupakan satu kenyataan yang tidak berasas serta satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab. 

https://twitter.com/dsdrnaim/status/1691842593846665458?s=46&t=qKDnyMbb8QOwWbw98BQjYg

“Ekoran kejadian insiden kebakaran melibatkan kemalangan jiwa di sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada tahun 2017, Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor telah dibangun dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021 bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan para pelajar dan seluruh warga institusi tahfiz persendirian. 

“Insiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di negeri Selangor.

“Pada masa sama, penguatkuasaan Garis Panduan tersebut telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya lagi, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah dimaklumkan sejak 2021, JAIS melalui Kerajaan Negeri telah menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran melalui Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama yang telah dikeluarkan.

Dalam tempoh ini, pihak JAIS telah mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang pihak sekolah mendapatkan ulasan dari agensi berkaitan. 

“Justeru, dakwaan oleh pihak berkaitan yang kononnya amaran telah diberikan kepada sekolah agama persendirian supaya diarah keluar dari premis adalah tidak benar sama sekali dan berniat menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam,” katanya.

Dr Na’im juga meminta orang ramai untuk merujuk isu ini kepada pihak yang berwajib supaya fakta yang didapati adalah lebih tepat dan jelas.

Harap tak adalah yang buat dakwaan tak sepatutnya. Tak pasti jangan kongsi! 

Baca: Jiran Luah Bunyi Bising Di Pusat Tahfiz Sampai Lewat Malam, Ustazah Norhafizah Beri Respon

norhafizah

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.