in

Kecoh Aeon Mall Klebang Dikosongkan Lepas Lelaki Buat Panggilan Palsu, Dakwa Ada Bom

aeon klebang ancaman bom

Pusat membeli belah, Aeon Mall Klebang, Chemor di Ipoh kecoh semalam selepas orang ramai diarahkan untuk keluar secara tiba-tiba selepas pihak polis mendapat panggilan kononnya terdapat ancaman bom di mall tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati ancaman tersebut merupakan panggilan palsu dan seorang lelaki berusia 38 tahun telah ditahan polis semalam.

Unit Pemusnahan Bom buat pemeriksaan dalam mall 

Menurut Berita Harian, susulan insiden panggilan palsu tersebut, bangunan itu terpaksa dikosongkan dan dihentikan operasinya pada jam 5.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang dibantu pasukan bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di bangunan berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke seluruh premis juga mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1694512798691418347

Malah kawasan bangunan juga disahkan selamat dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula pada pukul 10.30 malam semalam

Ketua Polis Daerah Ipoh,  Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata lelaki warga tempatan telah ditahan pada jam 9.30 malam di kawasan Tasek, Ipoh.

Suspek dipercayai bertanggungjawab berdasarkan pengakuan dikumpul dan peranti komunikasi yang digunakan untuk membuat panggilan palsu.

“Suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

“Alhamdulillah semua dah settle, boleh shopping macam biasa”

Dalam pada video situasi tersebut yang viral telah dimuat naik di TikTok, yang mana rata-rata netizen menyatakan kebimbangan mereka akan apa yang berlaku.

Ramai juga yang memberikan penjelasan bahawa insiden berkenaan sudah selesai dan para pengunjung boleh kembali membeli belah di mall tersebut seperti biasa bermula hari ini.

https://www.tiktok.com/@ikaanzmn/video/7270482457567317250?_r=1&_t=8f5tR7pGzXG

@bossmegg_rn

Kecoh di ipoh ! Ada orang ugut nak bom aeon klebang ipoh ! Squad bom turun ! Lain macam cara ugut orang sekarang. #ipoh #ipohviral #bom #fyp

♬ original sound – BossMeggRN – BossMeggRN

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan dengan tertangkapnya suspek kes tersebut dianggap telah selesai.

Baca: Bahan Letupan Ditemukan Bawah Kereta Siti Kasim Disyaki Cubaan Bunuh – Polis

siti kasim