Pernah tonton video prank daripada Youtuber seperti Jalal’s Brothers, Just For Laughs Gags dan lain-lain dari luar negara? Adakalanya prank mereka dilihat agak kasar dan terlebih-lebih sehingga mendatangkan bahaya kepada mangsa. Dan kini, budaya seperti ini sudah pun menular di Malaysia!
Kalau prank menginsafkan atau biasa-biasa tu bolehlah diterima lagi. Tapi kalau ia melibatkan warga emas seperti apa yang dilakukan sekumpulan remaja ini, memang layaklah mereka dihamburkan maki hamun.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan satu grup Facebook baru-baru ini, sekumpulan remaja berusia lingkungan belasan tahun dilihat memukul kepala seorang pengemis tua di tepi jalan. Apa masalah budak-budak ni??
Sudah sedap dipukul dan disekehnya pengemis berkepala botak tersebut, mereka hanya ketawa sesama sendiri dan meninggalkan tempat tersebut seperti tiada apa yang berlaku. Dah memang tak ada kerja ye dik? Suka-suka kacau orang macam tu!
Lebih menyayat hati, pengemis tua itu kelihatan sangat takut dan mengangkat tangannya sambil meminta supaya dia jangan diapa-apakan.
Pun begitu, masih belum diketahui di manakah lokasi kejadian itu berlaku. Manakala rata-rata netizen yang menonton video berkenaan meminta pihak berkuasa memberkas remaja-remaja ini dan memberi mereka hukuman yang setimpal di atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap warga emas tersebut.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang membayangkan jiks pengemis tua itu adalah ibu atau bapa remaja tersebut. Tergamakkah mereka melihat orang lain buat prank seperti itu kepada ibu bapa mereka sendiri? Betul tu!
Entah apalah nak jadi dengan remaja zaman sekarang. Terlalu banyak masa terluang agaknya sampai buat perkara tak berfaedah dengan ketuk kepala pengemis lepas tu record pula sikap tak elok tu. Kalau ibu bapa mereka tahu, entah bagaimana perasaan mereka agaknya.
Baca: Video Wanita Tengking dan Pukul Anak Kecil Tular, Malangnya Tiada Yang Tampil Membantu