Seorang wanita berasal dari Pekalongan, Indonesia yang dikenali sebagai Rindika Putri terpaksa menjadikan balai bomba sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.
Luahan itu dibuat setelah dia kerugian sebanyak 450,000 rupiah (RM122) akibat penipuan itu, namun laporannya yang dibuat di Balai Polis Pemalamg ditolak.
Artikel berkaitan : Didakwa Kasari Murid Autisme Berusia 7 Tahun, Polis Siasat Seorang Pembantu Pengurusan Murid
Artikel berkaitan : Polis Rakam Keterangan Ismanira Susulan Viral Video Pimpin Tangan Zayn Rayyan
Kecewa dengan situasi tersebut, Putri menjadikan anggota bomba sebagai pendengar masalahnya. Menurut sumber, kejadian berlaku pada Jumaat lalu ketika mangsa mahu membeli sebuah basikal elektrik yang diiklankan di platform Facebook Marketplace.
Difahamkan, sebelum mangsa mengambil basikal tersebut di sebuah kedai di Kota Pemalang, dia ada membuat pembayaran pendahuluan sebanyak 150,000 rupiah (RM40), diikuti bayaran tambahan 300,000 rupiah (RM82), menjadikan jumlah keseluruhan 450,000 rupiah.
Bagaimanapun, setelah mangsa tiba di kedai tersebut, pemilik kedai itu mengatakan bahawa dia tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada mangsa. Bahkan, pemilik tersebut menyatakan bahawa Putri adalah mangsa keenam yang termakan jerat pihak yang melakukan modus operandi yang sama.
“Sampai di kedai, pemiliknya beritahu bahawa transaksi itu bukan daripada pekerja mereka dan tiada penyelesaian lain ditawarkan.”
Putri segera ke Balai Polis Pemalang setelah mengetahui bahawa dirinya telah ditipu, namun begitu, laporannya telah ditolak. Kecewa dengan nasib malang yang menimpanya, Putri terus menghubungi pihak bomba di Pekalongan untuk meluahkan perasaan.
Pada permulaanya, pihak bomba sangkakan ada kecemasan seperti kebakaran, namun selepas mendengar penjelasan Putri, mereka meminta dia hadir ke pejabat untuk menjelaskan situasi yang dialaminya.
Namun begitu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Balai Polis Pemalang, AKP Andika Oktavian Saputra, menjelaskan bahawa berlaku salah faham dalam kes ini kerana pihak polis Pemalang sebenarnya terima laporan kes tersebut.
“Polis Pemalang sebenarnya telah menerima laporan daripada mangsa. Tetapi, kerana lokasi kejadian melibatkan transaksi perbankan mudah alih yang berlaku di Pekalongan, kami telah berkoordinasi dengan Balai Polis Pekalongan untuk tindakan lanjut.”
Malah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Balai Polis Pekalongan, AKP Yoyok Agus Waluyo, turut mengesahkan bahawa mereka kini sedang menyiasat kes berkenaan. Bahkan, pihak polis turut menegaskan bahawa Putri telah menerima surat pengesahan laporan daripada pihak polis.
“Kami telah menyusun laporan maklumat, surat arahan tugas, dan surat arahan penyiasatan. Kini, laporan Putri telah diterima secara rasmi dengan jumlah kerugian dicatat sebanyak 450,000 rupiah.”
Selepas kesnya tular, Putri akhirnya berasa lega apabila siasatan mula dijalankan oleh pihak polis Pemalang dan Pekalongan.
Dia turut mengakui bahawa sebelum ini tidak memahami prosedur yang betul untuk membuat laporan polis.
Sumber : Sinar Harian