in

Kecewa Dir*gol, Budak Umur 15 Tahun Jual Diri Di Telegram

ft remaja 15 tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dilapor menawarkan perkhidmatan seks menerusi aplikasi Telegram. Difahamkan, perbuatan tersebut dipercayai dilakukan berikutan dengan rasa kecewa akibat dirogol.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kes itu telah disahkan berlaku di negeri itu susulan dengan laporan polis yang dibuat oleh ibu remaja tersebut baru-baru ini.


Artikel berkaitan : Pilu! Ibu Lapor Polis, Anak Perempuan 15 Tahun Didakwa Tawar Khidmat S*ks Di Telegram

Artikel berkaitan : Tular Video Myvi Diancam Sekumpulan Geng Motosikal, Polis Buru 20 ‘Mat Motor’

Katanya lagi, kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan remaja itu masih di bawah umur.

“Khidmat (tawaran seks melalui Telegram) itu memang berlaku. Pada awalnya, remaja terbabit merupakan mangsa rogol. Mungkin disebabkan rasa kecewa, benda ini berlaku. Ini satu kemungkinan dan kita masih belum dapat maklumat lanjut berapa lama tempoh remaja itu terlibat dengan kegiatan tersebut.”

“Selain itu, kita juga menyiasat sama ada faktor kesusahan hidup atau aspek lain yang menyebabkan remaja terjebak dengan kegiatan tersebut.”

Screenshot 2025 09 29 175209

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis kini sedang mengambil keterangan daripada ibu bapa remaja berkenaan.

Sebelum ini, seorang ibu tunggal membuat laporan polis pada Sabtu lalu selepas mengesyaki anak perempuannya yang berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi Telegram.

Sumber : Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.