in

Kecewa Dengan Tindakan Amy Search, Ubai Sedia Bersemuka Untuk Bincang & Selesaikan Masalah

ft uba amy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai mengakui bahawa dia rasa kecewa terhadap tindakan Datuk Amy Search yang didakwa telah menyerang isterinya ketika sesi latihan untuk konsert baru-baru ini.

Jelas pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tindakan tersebut yang dilakukan di khalayak ramai adalah satu perbuatan tidak profesional.


Artikel berkaitan : Shila Amzah Kongsi Alami Trauma Dengan Pulau Pinang, Namun Ubai Berjaya Mengubah Segalanya

Artikel berkaitan : Shila Amzah Tepis Dakwaan Campur Urusan Hal Keluarga Amy Search

“Saya terkejut sebab seseorang yang kita hormati dan dikenali ramai buat perkara itu terhadap isteri, saya anggap perbuatan itu sangat-sangat tidak profesional sebab di hadapan orang ramai dan pada waktu bekerja.”

“Sebagai seorang yang profesional dan boleh berfikir secara waras, boleh tarik ke tepi serta berbincang. Kita perlu ada rasa hormat dan adab terhadap sesama manusia, bukan sahaja muda kepada yang tua malah yang tua juga perlu menghormati yang muda. Saya kecewa dengan perkara ini sebenarnya.”

Screenshot 2025 07 16 125807

Dalam pada itu, Ubai juga tidak menolak seandainya berpeluang utnuk bersua muka dengan penyanyi lagu Isabella itu seandainya perjumpaan itu dapat menyelesaikan masalah antara kedua belah pihak.

“Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan pihak sana (Amy Search) jika perjumpaan tersebut akan dapat menyelesaikan perkara yang berlaku di antara mereka.”

Dalam pada itu, Ubai juga mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi buat Shila jika perlu namun ikut keadaan.

Terdahulu, Shila mengesahkan individu yang menyerangnya semasa sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka pada Khamis lepas adalah Amy Search.

Sumber : Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.