‘Demam’ konsert kumpulan antarabangsa, Coldplay nampaknya masih lagi terasa di kalangan peminat-peminat kumpulan di Malaysia.
Umum mengetahui, sebelum ketibaan kumpulan tersebut di Malaysia, banyak pihak yang tidak bersetuju dengan penganjuran konsert tersebut yang dilihat tidak sensitif dengan isu yang kini berlaku di Palestin.
Artikel berkaitan: Tren Padat, Netizen Kongsi Situasi Sebelum & Selepas Konsert Coldplay
Artikel berkaitan: “Jika berlaku sesuatu melampau” – Fahmi Fadzil Sahkan Ada ‘Kill Switch’ Untuk Konsert Coldplay
Pun begitu, konsert tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan pada Rabu, 22 November lalu.
Konsert jelajah Music of The Spheres itu dihadiri oleh 75,000 orang penonton dan ada juga nama-nama besar dalam industri hiburan yang turut hadir termasuklah usahawan serta selebriti terkenal, Fazura.
View this post on Instagram
Fazura bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada netizen yang menganggap dia keterlaluan dan tidak menghormati saudara Islam di Palestin yang kini berada dalam kesusahan.
Pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu dilihat begitu terharu ketika lagu Fix You dimainkan, malah dia turut mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti.
“Tak sangka Fazura macam ni”
Di ruangan komen, ramai yang seakan tidak setuju dengan tindakan pelakon itu dan memberikan kecaman terhadapnya, malah ada yang berkata Fazura seakan terjerumus ke arah maksiat.
Hmm, apa pendapat korang?
Sumber: Instagram