in

“Kecam tak jadi apapun” – PU Amin Minta Agamawan & Selebriti Henti Berbalah Isu Konsert Coldplay

Pu Amin Konsert Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pengumuman penganjuran konsert kumpulan Coldplay di Malaysia, ada sahaja isu yang timbul sehingga mencetuskan perbalahan oleh beberapa pihak.

Pendakwah bebas, PU Amin atau Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim meminta golongan agamawan berhenti berbalah dengan selebriti mengenai isu konsert Coldplay yang hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.


Menurutnya, saling bertelagah dan membalas di media sosial untuk menegakkan pendapat masing-masing dilihat satu perkara yang tidak manis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Setiap hari kecam tetap tak jadi apa

Beliau menyatakan bahawa dia pernah melakukan perkara sama iaitu berbalah dengan artis mengenai pelbagai isu semasa tetapi tiada perubahan. Malah, ia juga memberi impak negatif kepada golongan pendakwah.

“Setiap hari kita kecam dan kritik mereka (artis), tetap tak jadi apa pun kerana akhirnya masyarakat juga yang membuat pilihan,” katanya kepada Harian Metro.

Sepatutnya berusaha bentuk menjadi lebih baik

Jelas Amin, golongan agamawan seperti mereka sepatutnya menyediakan alternatif yang membawa golongan selebriti kembali ke jalan yang betul.

“Sebagai agamawan, kita sepatutnya berusaha membentuk mereka (selebriti ) untuk menjadi yang lebih baik dan mereka (selebriti) juga boleh berlapang dada dengan kita,” katanya lagi.

Sebelum ini, penyanyi Baby Shima mengeluarkan pendapat individu yang berasakan konsert Coldplay sebagai haram tidak perlu datang untuk menonton.

Namun, tindakannya itu telah mendapat teguran daripada PU Syed yang mendakwa Baby Shima mengeluarkan fatwa sendiri mengenai halal dan haram sesebuah konsert.

Baca: Pemuda PAS Beri Surat Terbuka, Sedih Khairul Aming Beli Tiket Konsert Coldplay
Surat Terbuka Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.