in

“Kebangaan Malaysia!” – Wajah Yuna Hiasi Times Square New York

2yuna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Yuna sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyanyi yang mula melonjak naik menerusi lagu Dan Sebenarnya telah pun mencipta nama di pentas antarabangsa.

Terkini, penyanyi kelahiran Alor Star yang juga pernah berkolaborasi bersama Usher itu tampil di Times Square New York. Yuna dipilih untuk menjadi salah seorang featured artist dalam playlist terbaharu di Spotify, EQUAL.


Korang boleh tengok gambar dekat Times Square yang dikongsi oleh beliau sendiri menerusi akaun Instagram @yuna.

https://www.instagram.com/p/COUUcKkhaAx/?igshid=1qkqc7i74q7f4

 

Kebanggaan Malaysia!

Siapa yang tidak bangga bila seorang rakyat negara kita berjaya menempa nama di pentas antarabangsa. Beberapa personaliti dan selebriti tanah air turut mengambil kesempatan menumpang bangga dan menzahirkan komen yang murni di Instagram Yuna.

Screenshot 2021 05 02 at 1.37.20 PM Screenshot 2021 05 02 at 1.37.46 PM

Tahniah diucapkan kepada Yuna. Satu lagi pencapaian terbaik daripada beliau. Terima kasih juga kerana telah mengharumkan nama negara!

 

Baca: “Depa tak pikiaq” – Cute! Yuna Ajar Followers IG Cakap Perlis

Screenshot 2021 05 02 at 1.50.06 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.