in

KDN Serbu 11 Butik Swatch, Rampas Jam Yang Didakwa Ada Unsur LGBT

swatch pelangi lgbt kdn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch minggu lalu di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut The Edge, serbuan dilakukan pada 13 dan 14 Mei di butik-butik Swatch, antaranya Pavilion KL, One Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, dan Suria Sabah.


Manakala lima butik di pusat beli belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru, dan Kuching diberi amaran.

Sumber mengatakan serbuan tersebut dilakukan selepas seorang pengguna Facebook berkongsi foto beberapa koleksi jam tangan Swatch yang bertemakan pelangi.

058c

Ia rentetan daripada bantahan segelintir pihak terhadap kumpulan muzik Coldplay yang didakwa menggalakkan budaya hedonisme.

Kedatangan mereka di Malaysia pada November ini juga telah mencetuskan kemarahan segelintir pihak.

Respon CEO Swatch

Susulan serbuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, memaklumkan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu.

Katanya, syarikat mereka telah lama dikenali sebagai meraikan pelbagai lapisan masyarakat menerusi jam tangan yang berwarna-warni dan menyeronokkan.

“Kami menyangkal pendapat koleksi jam kami, yang menggunakan warna pelangi dengan mesej keamanan dan kasih sayang, mampu membahayakan sesiapa. Ia tidak bersifat politik.

“Kami tertanya-tanya adakah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, KDN akan ‘merampas’ pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit?” soalnya.

Dalam pada itu, Swatch berharap supaya jam tangan yang dirampas itu dikembalikan semula kepada pihaknya.

Apa pandangan korang tentang isu ini?

Baca: “Tak promosi LGBT dalam lagu” – Netizen Setuju Tokoh Agama Indonesia Ulas Isu Coldplay
ft agamawan indonesia ulas isu coldplay 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.