in

Kayla Unbehaun: Kanak-kanak Diculik Ketika Usia 9 Tahun Ditemui Selamat Lepas Ceritanya Keluar Netflix

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja berusia 15 tahun telah diculik oleh ibunya sendiri ketika dia berusia sembilan tahun telah ditemui selamat selepas seorang stranger di sebuah kedai di Asheville, North Carolina telah mengecamnya selepas melihat salah satu episod Unsolved Mysteries di Netflix.

Satu organisasi Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang Dan Dieksploitasi (NCMEC) telah cuba menjejaki Kayla sejak enam tahun lalu dan mengatakan ibunya, Heather Unbehaun yang tidak mendapat hak penjagaan anak telah melarikan kanak-kanak ini pada 5 Julai 2017 yang lalu.


Siapa Kayla Unbehaun?

Kayla Unbehaun merupakan anak kepada Heather Unbehaun dan Ryan Iskerka. Dia telah dilahirkan pada 5 Januari 2008 di Illinois dan tinggal bersama bapanya selepas Heather dan Ryan berpisah ketika kanak-kanak ini lahir.

Kayla Unbehaun

Bagaimana Kayla Unbehaun hilang?

Menurut bapa Kayla, Ryan, anaknya yang berusia sembilan tahun pada ketika itu telah tinggal bersama ibunya untuk beberapa hari. Tapi bila Ryan datang untuk mengambilnya, Kayla dan ibunya dah tiada.

Dikatakan, Heather telah pergi bersama anak mereka untuk berkhemah di Wisconsin dan terus membuat laporan polis selepas mereka tak dapat dihubungi.

Heather yang tidak mempunyai hak penjagaan anak ini hanya dibenarkan untuk melawat anaknya dengan pemantauan dan polis juga telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Heather atas tuduhan menculik pada 28 Julai 2017.

Selama bertahun-tahun, Ryan telah mencuba mencari anaknya dan bekerjasama dengan organisasi seperti NCMEC untuk membantu siasatan. Dia juga turut membuat grup Facebook “Bring Kayla Home”, di mana dia akan meletakkan perkembangan terkini mengenai kes anaknya. Seperti Januari lalu, Ryan telah membuat ucapan hari lahir untuk anaknya Kayla:

Selamat hari lahir yang ke-15, Kayla. Ayah sayang dan rindu awak sangat. Ayah tak sabar nak jumpa awak semula dan setiap kali ayah bangun ayah harap ia adalah harinya. Ayah fikirkan awak setiap hari dan berharap dan berdoa yang awak selamat dan gembira dan akan pulang ke pangkuan ayah tak lama lagi.”

Dalam mesejnya ini juga, Ryan turut memberitahu bahawa ibu Kayla, Heather mungkin telah memberitahu anaknya bahawa bapanya dah mati atau memberitahu Kayla benda-benda yang buruk pasal dirinya.

Awak dah pun besar sekarang dan boleh berfikir sendiri. Ayah harap awak dah besar sekarang dan sedar yang awak hanya dengar cerita sebelah pihak. Saya harap awak boleh ingat masa-masa kita bersama. Ayah masih hidup dan sayangkan awak sepenuh hati.”

Kayla Unbehaun ditemui

Dengan bantuan NCMEC, organisasi ini telah membuat gambaran muka Kayla Unbehaun mengikut usianya sekarang dan imej tersebut telah ditayangkan di dalam episod Unsolved Mysteries tahun lepas dan telah ditonton oleh berjuta-juta orang.

Telemmglpict000335826981 Trans Nvbqzqnjv4Bqqvzuuqpflyliwib6Ntmjwfsvwez Ven7C6Bhu2Jjnt8.Jpeg

Kerana siri dari Netflix ini juga, Kayla berjaya dikesan oleh orang awam.

Kayla dilihat ketika sedang membeli-belah bersama ibunya di Plato’s Closet Ashville apabila pemilik kedai tersebut telah mengecamnya dari gambar yang ditayangkan di Unsolved Mysteries.

Pemilik ini kemudiannya telah menelefon pihak polis secara senyap-senyap dan tak lama kemudian pihak polis tiba dan menahan Heather Unbehaun.

Wanita tersebut kini didakwa dengan tuduhan menculik dan ditahan di Asheville dengan ikat jamin ke atasnya diletakkan pada harga US$250,000. Kayla kemudiannya disatukan semula dengan bapanya.

Dengan berita penangkapan ini, NCMEC telah mengeluarkan kenyataan meraikan kejayaan penemuan selamat Kayla Unbehaun.

Screenshot 2023 05 17 At 1.18.57 Pm

Tak ketinggalan, Ryan turut mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan ini:

Saya sangat gembira Kayla sudah pun pulang dengan selamat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis dan pihak NCMEC serta semua agensi yang telah membantu dalam kes ini. Saya memohon diberikan masa untuk saya dan Kayla kembali mengenali satu sama lain dan memulakan kehidupan yang baru.”

Tak tahulah macam mana gembiranya perasaan bapa Kayla ni bila dia diberitahu yang anaknya dah ditemui.

Sumber: ati, The Sun

Baca: “Sepatutnya dia jadi pelindung” – Bapa Culik, Guna Anak Berusia 1 Tahun Sebagai ‘Human Shield’Elak Dicekup

Human Shield

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.