Sejak insiden wanita warganegara India yang tertimbus dalam kejadian tanah jerlus minggu lepas, ramai peniaga di sekitar Masjid India mengakui bisnes mereka ada sedikit terkesan.
Kawasan sunyi, bisnes peniaga terkesan
Masjid India yang dahulunya menjadi tempat orang ramai membeli belah, kini dilihat sunyi dan sudah pasti bisnes para peniaga di kawasan itu telah terjejas.
Artikel berkaitan: “Biar kami tanggung risiko” – Aliran Air Deras, Anggota Bomba Tunjuk Situasi Ketika SAR Mangsa Tanah Jerlus
Artikel berkaitan: “Tolonglah bang, nak tengok muka ibu” – Keluarga Reda, Mahu Tatap Wajah Mangsa Tanah Jerlus Kali Terakhir
Dalam satu video oleh @flyfm di TikTok, penyampai radio Ean dan Haniff telah pergi melawat ke Masjid India, Kuala Lumpur lalu menemu bual beberapa peniaga di kawasan berkenaan.
Kata mereka, keadaan di situ sangat sunyi dek kerana orang ramai yang takut untuk bersiar-siar di sekitar tempat tersebut.
Macam tengok ni.. seorang dua je yang lalu. Sebab tak ada orang tak datang, mereka takut. Banyak kedai dah tutup walaupun baru je buka. Semua orang fobia, boleh jadi orang lain pula yang jadi mangsa.
Pun begitu, kebanyakan peniaga di sekitar Masjid India terpaksa membuka kedai walaupun tiada kelibat pelanggan kerana itulah satu-satunya sumber pendapatan untuk diri dan keluarga.
Banyak kedai kena tutup.. kalau ada yang buka, kita tahu sebab itulah sumber pendapatan mereka.
@flyfm 6 days since an Indian tourist fell down a sinkhole nearby Masjid India, and authorities have yet to find her. We spoke to a few local businesses to find out whether the blockage had affected their livelihood. #EHFly
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan nasib para peniaga tersebut. Mereka mendoakan agar urusan peniaga di sekitar itu dipermudahkan.
Ada yang turut memberi cadangan supaya tempat perniagaan mereka diubah sementara waktu demi keselamatan.
Moga dipermudahkan urusan..
Sumber: TikTok