Untuk korang yang suka memandu waktu malam tu, selain diganggu makhluk halus, kehadiran haiwan liar di tengah jalan juga boleh dikatakan menyeramkan ye. Kena pula haiwan yang jenis pemangsa yang biasanya aktif waktu malam, misalnya harimau belang.
Ada satu contoh yang sangat sesuai dengan situasi yang Min sebutkan tadi di mana seorang lelaki telah memenui tiga ekor harimau belang yang sedang bermain di tepi jalan.
Walaupun video sedikit kabur kerana gelapnya malam, namun kelibat harimau belang itu memang dapat disahkan. Korang boleh tengok video @alif_haidar di bawah ni.
3 Ekor Harimau berkeliaran di Jalan Kluang-Simpang Nitar (Jalan Mersing)
Btw Alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku..
Semoga spesis yang semakin terancam ini selamat dari kepupusan.. Amin
🐯🐯🐯🐅🐅🐅 pic.twitter.com/5AX6D4Vvx6
— Rangga Is Back (@alif_haidar) March 12, 2024
Artikel berkaitan: “Ingatkan anak kucing, sekali Black Panther” – Ranjer Hutan Jumpa, Pelihara Anak Harimau Kumbang Hampir Mati
Artikel berkaitan: ”Mcm mana nak tolong” – Orang Ramai Simpati Tengok Keadaan Gajah Cedera Dilanggar Kereta
Kawasan harimau belang tu
Wah wah wah seronok betul ye harimau tu main kejar-kejar. Dah kantoi dengan lampu kereta baru nak lari.
Tengok gaya harimau ni macam belum dewasa je, sebab kalau dewasa harimau tak akan duduk berkumpulan. Mungkin ibu harimau ni ada kawasa berdekatan, bawak anak-anak main taman lah katakan.
Kan.. nampak aktif betul. Malam-malam biasa harimau ni aktif. Haiwan nokturnal lah kan. Sebab tu excited betul main kejar-kejar, kita yg tengok ni pulak rasa seram.
Tak kisah lah binatang apa yang melintas sekalipun, kalau dah tiba-tiba tu memang mencemaskan. Silap haribulan ni kalau nampak harimau ni memang pecut terus.
Bukan senang tau nak ada rezeki tengok haiwan liar di kawasan berhampiran habitat asal mereka. Ini dapat tengok free, dah rasa macam safari naik kereta sendiri je.