Sebuah video kini tular di media sosial yang mencuit hati netizen apabila melihat gelagat beberapa individu dalam satu acara cabutan bertuah yang dipercayai diadakan di sebuah expo.
Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki yang berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan cara cabutan undiannya akan dicampak keluar dan peserta harus kutip satu kertas yang terbang bertebaran.
Artikel berkaitan : 2 Lelaki Berdepan Detik Cemas, Harimau Muncul Ketika Memancing
Artikel berkaitan : Bersalah Menyamar Jadi Tetamu & Curi Wang Di Majlis Kahwin, Wanita Pitam Di Mahkamah
Walau bagaimanapun, ketika individu tersebut dilihat cuba mengambil cabutan, lelaki tersebut dilihat meraba-raba poket seluar di bahagian belakang untuk mengeluarkan sesuatu sebelum tersadung dan menunjukkan undiannya. Di dalam video itu juga, jelas kelihatan isi dalam poket tersebut terkeluar.
@tupaimenyarap opocot terjatuh pulak🤣x clean#rxz#tanjunglemanfest2025 #fypage #problem
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen perhatikan bahawa lelaki yang berbaju putih itu mengeluarkan kertas undian daripada poket seluarnya dan ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang geli hati apabila melihatnya dan ada yang mengecam tindakan mereka yang menipu pengunjung.
Hurm, agak-agak kena tak eh, cabutan bertuah tu? Harap-harap menang lah.
Sumber : TikTok