Seorang remaja bawah umur yang merupakan saksi ke-12 memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Ipoh bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie sedang nazak saat dialihkan ke bucu simpang Jalan Taman Jati 1.
Jelasnya, mangsa juga dilihat meronta-meronta kesakitan dan cuba untuk bangun namun ditahan oleh bapanya.
Artikel berkaitan : Kes Polis Gil*s Pelajar: Pemandu Ativa Angkat Zaharif Dalam Keadaan Marah
Artikel berkaitan : Kes Adik Zaharif: Peguam Perjelas Kenapa Suspek ‘Susah Nak Lepas’ Walaupun Pegawai Polis
“Semasa saya berada di tempat perlanggaran, saya nampak Zaharif baring meniarap muka ke atas jalan. Saya dapat melihat paha dan siku Zaharif mempunyai kecederaan.”
“Saya juga nampak seorang lelaki turun dari kereta Ativa putih, datang ke arah tempat perlanggaran selepas memarkir keretanya di tepi jalan Pekeliling Meru Indah.”
“Pada masa ini, ramai orang awam dan budak-budak sekolah kerumun dan cuba mengalihkan barang-barang Zaharif yang jatuh. Pemandu Ativa itu juga telah datang ke tempat Zaharif jatuh dan memarahi saya ‘Apa pandang saya? Kau tengok apa? Kau tolong aku angkat dia, aku polis!’ dalam nada yang kuat.”
Perkara itu dinyatakan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz. Katanya, orang awam memakai topi keledar telah mengangkat Zaharif pada bahagian kaki manakala pemandu Ativa pula mengangkat mangsa di bahagian ketiak.
Malah, saksi juga ada menolong mangsa dengan memapah bahagian belakang tengah badan Zaharif namun hanya tolong akan sampai ke tengah jalan sebelum melepaskannya kerana takut melihat keadaan Zaharif yang nazak.
“Saya sempat melihat lelaki itu (pemandu Ativa) dan orang awam yang mengangkat Zaharif meletakkan Zaharif di bucu simpang Jalan Taman Jati 1 sebelum berpaling balik ke kereta ibu dan lari balik.”
Ketika dia lari balik ke arah kereta ibunya, dia nampak ibunya berada di luar kereta Mitsubishi Triton sedang menghubungi ambulans.
Sumber: Kosmo!