in

“Kau nak aku buat apa?” – Lelaki Berang Ketika Disuruh Keluar Dari Koc Wanita MRT

syaz ft 2024 07 22T161409.232

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, perkhidmatan pengangkutan MRT kini menyediakan koc khusus untuk wanita bagi mengekalkan keselamatan kaum hawa di luar sana.

Pun begitu, ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan fasiliti itu meskipun mereka tidak sepatut menggunakannya.


Artikel berkaitan: Selepas 4 Tahun, Poster Iklan Filem Mulan Di Stesen MRT Merdeka Akhirnya Diturunkan

Artikel berkaitan: Gerabak LRT Dilabuhkan Di Pulau Tioman, Jadi Tukun Tiruan

Terbaru, seorang bapa duduk di koc tersebut dan apabila ditegur, dia naik angin lalu memarahi individu yang menegurnya itu.

Dalam video yang tular di media sosial itu, lelaki berkenaan difahamkan berang selepas seorang wanita menegurnya yang sedang berada di koc wanita.

Lelaki itu bagaimanapun cuba untuk mempertahankan dirinya dengan berkata dia duduk di koc wanita itu kerana ingin menemani anak serta isterinya, pun begitu tindakannya itu dipertikai dan wanita yang menegurnya itu meminta dia untuk keluar dari situ.

Keadaan bertambah rumit apabila lelaki itu tidak memberi kerjasama sebaliknya menengking semula wanita itu dan menyebabkan penguatkuasa di situ perlu dipanggil.

“Duduk je lah depan”

Perkara itu membuatkan ramai netizen marah dan menganggap lelaki berkenaan tidak sepatutnya berbuat demikian.

Daripada video itu, dapat dilihat keadaan tidak terlalu sibuk dalam MRT tersebut dan dia sepatutnya membawa anak serta isterinya ke koc lain.

cats 16

Nak juga bergaduh…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.