in

“Kau mengguris perasaan pejuang dua garis…” – Achey Kecewa Pasangan ‘Childfree’ Bagi Alasan Anak Membebankan

anak 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu ‘Childfree’ ternyata belum berakhir sejak ada satu pasangan yang mengakui komitmen mereka akan bertambah jika mempunyai anak. Jadi, perkara itu akan membebankan diri mereka sebagai pasangan yang berkerjaya.

Bagaimanapun, salah seorang pelawak tanah air, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah bersuara dan menegur pasangan berkenaan.


“Kau mengguris perasaan pejuang dua garis”

Dalam satu temu bual oleh Melodi TV3 di TikTok, Achey tidak bersetuju jika pasangan childfree mengaitkan cahaya mata sebagai satu komitmen yang membebankan.

Itu adalah ideologi yang bodoh. Minta maaf, tapi dari sudut itu saya tidak suka. Banyak lagi perkara lain yang boleh kau benci atau tak suka. Tapi kenapa perlu libatkan cahaya mata. Secara tak langsung kau dah mengguriskan hati pejuang dua garis macam aku ni.

Secara sudut sains dan perubatan, Achey mengakui sukar untuk mendapatkan anak kerana tuib kiri dan kanan isterinya sudah pun dipotong.

Memang tak boleh sebab isteri saya dah dipotong tiub kiri dan kanan. Memang sukarlah kecuali diizinkan Allah. Satu hari, aku harap pasangan itu ‘terbabas’ dikurniakan cahaya mata. Baru kau rasa nikmat yang dipanggil seorang ibu dan bapa.

“Cuba renung balik perangai awak..”

Achey faham jika pasangan itu mahu membuat perancangan keluarga namun dia mempersoalkan nilai kemanusiaan mereka yang seolah-olah sengaja mengelak untuk dikurniakan zuriat.

Artikel berkaitan: “Saya & suami ok je duduk rumah orang tua” – Pasangan ‘Childfree’ Kongsi Sebab Enggan Ada Anak

Artikel berkaitan: Tular Komen ‘Childfree’ Sebab Anak Membebankan, Wanita Nasihat Jangan Jadi Hamba Duit

Kalau rancang untuk tahun tiada anak tahun ini sebab nak kukuhkan ekonomi dulu, tahun kedua ada anak. Itu kau rancang. Mana nilai kemanusiaan kau?

Saya ingat lagi dia cakap.. ‘nanti anak macam mana, siapa nak jaga, kalau dah besar nanti perangai macam mana..’ Cuba renung balik perangai awak ni macam mana? Apa yang kau cakap tu gambaran kepada diri kau sendiri betapa kecewanya mak ayah kau melainkan mereka pun menyokong.

Bagaimanapun, dia meminta agar pasangan itu tidak menguar-uarkan fahaman tersebut kepada orang lain.

@melodiberapi

Pelawak Achey menjelaskan mengapa beliau bersuara mengenai ideolagi child free dalam kalangan masyarakat kini. #meloditv3 #achey #childfree #duagarisbiru

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat Achey.

anak 1 anak 2 anak 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.