Hidup dalam perkahwinan ini kadangkala perlu ada gurau senda sesama pasangan suami isteri, barulah perkahwinan lebih manis kan?
Umum mengenali seorang selebriti komedi yang serba boleh dalam bidang lakonan, nyanyian serta pengacaraan iaitu Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey.
Artikel berkaitan: “Laku keras” – 18,000 Tiara Candy Anak Terjual, Achey Sampai Nak Cari Pekerja Sambilan
Artikel berkaitan: “Jangan putar belit” – Achey Tak Setuju Kenyataan Abang Tesla Tentang Anak Angkat
Jika sebelum ini namanya disebut-sebut kerana content anaknya yang mengharukan kerana berjaya jual gula-gula sehingga sold out, kali ini content daripada isterinya pula yang membuatkan ramai terhibur.
Isteri kepada Achey, Nur Hassanah atau Anne memuat naik sebuah video di TikTok yang memaparkan dia serta anaknya ingin membuat kejutan untuk Achey dengan memberi sesuatu yang dilihat seperti kunci kereta mewah.
@ann_achey21 Suprise utk si dia ❤️❤️❤️
“Surprise untuk Si Dia”
Rupa-rupanya, pelakon filem Mat Bond Malaya itu sudah kena prank dengan isterinya, apa yang disangkakan kunci kereta mewah rupanya hanyalah pemetik api.
Lebih menghiburkan, Achey keluar daripada kereta untuk mencari kereta Mercedes barunya sebelum menyedari itu hanyalah gurauan dari isteri dan anaknya, Tiara.
Tidak melatah dengan situasi itu, Achey kemudiannya tergelak besar dan isterinya pula meminta maaf kepadanya.
“Pandai Tiara komplot dengan Mama”
Video berdurasi dua minit itu membuatkan ramai yang terhibur, tidak kurang juga ada yang ingin mencuba untuk melakukan perkara yang sama kepada pasangan mereka.
Adui, comel betul!
Sumber: TikTok