in

“Kau ingat aku ni apa?” – Didie Alias Terkilan Produksi Bayar Pelakon Senior ‘Ciput’

didie alias gaji ciput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berada dalam industri seni sudah pastinya bukanlah sesuatu yang mudah, seseorang pelakon itu harus ‘berlawan’ dengan pelakon-pelakon lain untuk kekal relevan dan sentiasa dipanggil oleh pihak produksi.

Pun begitu, kita sebagai penonton pasti akan ada tanggapan di mana jika seseorang pelakon itu lebih senior maka bayaran mereka lebih mahal, namun tanggapan itu disangkal oleh pelakon serta pengacara terkenal Didie Alias.


Artikel berkaitan: “Dia sendiri buka aib dia” –  Hanya Mahu Lindung Kawan, Didie Alias Sedih Dipersalahkan

Artikel berkaitan: Bimbang Tak Dapat ‘Job’ Lakonan, Anak Dedah Ridzuan Hashim Sudah 3 Tahun Derita Sakit Jantung

Didie Alias atau nama sebenarnya, Fadzilah binti Mohd @ Ali menyifatkan industri seni lakonan kini semakin teruk kerana tidak menghargai bakat-bakat lama dan tidak dibayar dengan setimpal.

cats 32

Pelakon drama bersiri Pergilah Air Mata Ramadan itu berkata pengalaman selama 40 tahunnya itu seperti ‘tiada harga’ dalam industri.

“Bukan saya sahaja, tetapi termasuk kawan-kawan yang lain.

Saya bagi contohlah. Kita dah ‘lock’ untuk kerja yang panjang, empat hingga enam bulan. Tapi dibayar cuma RM20,000 hingga RM30,000 untuk enam bulan. Kau rasa berbaloi tak?

Kau ingat aku ini apa? Baik aku jadi pelakon tambahan. Sebagai penerbit atau stesen televisyen, janganlah ‘pijak’ kami pelakon-pelakon lama ini,” luahnya.

Didie juga menceritakan dia pernah ditawarkan bayaran serendah RM1,000 sehari untuk sebuah filem.

“Itu agak melampau. Saya dapat banyak tawaran (rendah) begitu. Termasuk filem. Satu hari cuma dibayar RM1,000. Baik aku buat ‘review’ dalam media sosial. Lagi boleh hidup.

Kalau saya tidak bersuara, siapa yang akan bantu? Tiada,” jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, pelakon yang berusia 51 tahun itu turut meluahkan rasa kecewanya apabila ramai pelakon-pelakon baru yang dibayar jauh lebih tinggi dari yang lebih senior, dia juga berharap agar penerbit tidak ‘pilih bulu’ dalam pemilihan pelakon.

Harap Didie sentiasa kuat…

Sumber: Kosmo!

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.