Kepincangan yang terjadi antara keluarga Shila Amzah dilihat semakin memburuk apabila penyanyi itu sendiri ada membuat sesi live mendedahkan segala-segala yang terjadi.
Pendedahan itu dibuat susulan dengan pendedahan adik lelakinya Amir Shafiq Amir Hamzah dalam satu sesi live semalam. Dalam masa yang sama, timbul lagi satu pendedahan lain oleh bekas adik ipar Shila untuk mempertahankan penyanyi lagu Patah Seribu itu.
Artikel Berkaitan : “Tak perlu heboh” – Dedah Rumah Nak Kena Jual, Shila Amzah Tegur Adik
Artikel Berkaitan : “Rasa macam haiwan strays. Dah kena buang, kena halau lagi” – Syada Amzah
Dalam satu ruangan komen di Instagram, bekas isteri Shafiq iaitu Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis mendedahkan bahawa Shila Amzah telah melakukan segala-galanya untuk menolong bekas suaminya itu. Dia juga mengingatkan Shafiq bahawa apa yang terjadi ini adalah kifarah buatnya.
“Bukan keluarga kau je tapi anak kau juga, kau ni play victim lah Shafiq, kau anak lelaki sulung patut ambil tanggungjawab ketua keluarga. Tapi macam mana kau nak sara keluarga kau kalau kau pun tak kerja.”
Tambahnya, Shafiq didakwa mengharapkan duit daripada kaum wanita dan berhutang banyak. Dalam pada itu, Anis juga menyokong kata-kata Shila dalam satu sesi live sebelum ini yang menyatakan bahawa Shafiq culas dalam membayar nafkah anak-anaknya.
“Aku ajak jumpa pun kau kecut! Ni kakak kau ajak jumpa pun menyorok dalam rumah, kau jangan cabar limit orang tau!”
Dalam pada itu, Anis juga mendedahkan sikap Shafiq yang dikatakan sudah melampaui batas di mana bekas suaminya itu pernah ‘angkat tangan’ kepada Shila dan adik beradik lain termasuklah ibu bapanya sendiri.
“Orang tak tahu kau beduk kakak kau, kau beduk adik kau, mak kau, aku dan perempuan lain. Orang akan nampak salah kakak kau sebab dia tu dikenali, orang kenal tak kau? Kau hanya lah play victim, kau bukan betul.”
Selain itu, Anis juga turut mencabar Shafiq untuk tampil membuktikan jika dia berada di pihak yang benar. Menerusi mStar Online pula, Anis ada mendedahkan bahawa Shafiq pernah jual gitar dan piano rumah kerana mahukan duit.
Sebagai rujukan, pergolakan hubunga adik beradik ini tercetus berikutan dengan pendedahan adik bongsu Shila iaitu Syada Amzah yang mengatakan bahawa rumah mereka bakal dijual tanpa pengetahuannya.
Dalam pada itu, Shila berkata dia berhak melakukan perkara sedemikian kerana rumah itu adalah miliknya dan mahu membeli kediaman baharu untuk ibunya.
Bagaimanapun, Shafiq pula mendakwa Shila mahu menjual rumah berkenaan kerana ada nilai harga pasaran tinggi.
Sumber: X, mStar Online