Pada tahun 1984, cawangan pertama bagi kedai serbaneka 7Eleven telah di buka di Malaysia. Sehingga kini lebih seribu cawangan 7E dibuka di seluruh Malaysia.
Macam yang kita tahu, waktu operasi 7E adalah sepanjang 24 jam pada setiap hari.
Baru-baru ni, kecoh dekat laman Twitter yang mengatakan ada cawangan 7E yang tutup sementara tanpa sebarang sebab.
Ini la yang dinamakan makan gaji buta @7elevenmalaysia pic.twitter.com/FEYQGY48bb
— Aiman Zubir (@aimanzubir) January 1, 2020
Menurut individu yang memuat naik mengenai perkara ini, di pintu masuk 7E cuma terdapat kertas bersama tulisan yang mengatakan 7E tersebut tutup sehingga jam 5 pagi.
Sebab apa tutup? Takda sapa tahu sebab utama 7E cawangan tu tutup.
Lelaki ini juga ada menjelaskan bahawa dia datang ke kedai tersebut pada jam 3 pagi dan mendapati tiada sesiapa yang berada di dalam walaupun sudah memanggil beberapa kali.
Setelah tiada siapa yang keluar, lelaki ini mengambil keputusan untuk pergi ke cawangan lain bagi mendapatkan barang keperluannya.
Beli air pun nak komplain macam ni?
Akibat memuat naik komplain tersebut, lelaki ini menerima kecaman hebat daripada netizen yang mana rata-rata mereka beranggapan bahawa ada sahaja perkara kecemasan yang mungkin berlaku dan pekerja itu terpaksa menutup sementara cawangan tersebut.
Namun setelah menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen, lelaki ini telah melakukan threads bagi menyatakan pendapat dan penjelasan daripadanya.
I have to give this tweet some context since it took an ugly turn.
1. I apologize for the harsh words. Aku memang panas masa tu, awal2 pagi nk beli barang tp kdai tutup pula. But I shouldn’t use that to accuse them blatantly of ‘makan gaji buta’. Again, sorry
— Aiman Zubir (@aimanzubir) January 3, 2020
Dia turut menunjukkan barang yang di beli daripada cawangan 7E yang lain. Barang tersebut adalah air minuman sahaja.
Tapi macam biasa lah, dia terus menerima kritikkan netizen apabila ramai yang menyangka lelaki ini pergi ke 7E bagi perkara kecemasan, rupa-rupanya nak beli air je.
Hurm, tahu la 7E tu memang buka 24 jam, and silap mereka sebab tutup sementara, tapi min rasa kan lebih elok kalau tegur tu elok sikit. Budi bahasa kan budaya kita.