Rasanya ramai yang dah dengar isu syarikat arak terkenal Heineken Malaysia yang katanya telah mengeluarkan produk alkohol terbaru iaitu Heineken 0.0 yang dikatakan bebas daripada alkohol.
Meskipun ia ‘bebas’ dan mungkin tak mengandungi alkohol langsung, Menteri Agama, Dr Mujahid Yusof Rawa baru-baru ni telah memberi kenyataan meminta syarikat pengeluar minuman keras untuk jangan mengelirukan umat Islam dengan mengeluarkan produk dan arak tanpa alkohol. Hmm betul jugak tu!

“Wahai Mujahid Rawa, tolong jangan hina umat Islam… jangan cuba keluarkan peraturan apa yang kami boleh atau tidak boleh minum”
Pun begitu, nampaknya ada pulak yang tak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Agama ini. Menurut Utusan Online, peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim ternyata tak bersetuju dengan Mujahid.
Beliau meminta Dr Mujahid agar tak menghina umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkaitan isu arak tanpa alkohol yang menyebabkan umat Islam tak tahu apa yang halal dan haram.
“Wahai Mujahid Rawa, tolong jangan hina umat Islam seolah-olah kita mudah dikelirukan. Mungkin mereka yang telah diajar tidak menggunakan akal akan keliru.
“Oleh itu, jangan cuba keluarkan peraturan apa yang kami boleh atau tidak boleh minum. Jelas sekali sekarang anda membingungkan orang lain mengenai apa yang benar-benar haram dan apa yang tidak!” kata Siti Kasim dalam posting Facebook.
https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10219850284190330
“Di Mekah sejak tahun 80-an pun mereka ada menjual bir tanpa alkohol ni”
Tambah Siti Kasim lagi, bir tanpa alkohol ini satu perkara biasa. Sejak tahun 80-an lagi, Mekah juga telah menjual bir tanpa alkohol ini.
“Saya difahamkan malah di Mekah pun sejak tahun 80-an mereka menjual bir tanpa alkohol ini.
“Jadi, apakah masalah anda? Tolong berhenti beritahu kami cara untuk menjalani kehidupan, boleh?” katanya lagi.

Semalam Dr Mujahid menegaskan bahawa penggunaan terma arak tanpa alkohol ini amat mengelirukan sebab proses penghasilan minuman itu termasuk penyulingan air dibuat dalam kerangka yang menghasilkan arak beralkohol. So kira macam haram lah jugakan?
Dalam pada itu, Heineken sendiri telah mengeluarkan statament mengadakan minuman ini non-halal dan hanya boleh diminum oleh non-muslim yang berusia 21 tahun ke atas.

So apa kata anda? Bagi admin, benda yang haram dan syubhah eloklah kita jauhkan ye dak?