in

“Kat mana nak beli baju raya?”- Ramai Sedih Tengok Jakel Seksyen 7 Shah Alam Terbakar

F3 Ba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di Twitter pagi ini apabila gedung tekstil terkemuka di Seksyen 7, Shah Alam iaitu Jakel hampir musnah dalam kebakaran pada sekitar jam 7 pagi tadi.

Kejadian kebakaran itu sempat dirakam oleh penduduk di sekitar kawasan itu sebelum dikongsikan di media sosial.


6

Menurut Berita Harian, kebakaran berkenaan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan wisma Jakel yang sering menjadi tempat pilihan ramai orang Melayu untuk membeli baju raya.

Datuk Norazam Khamis iaitu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihak bomba telah mendapat panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi tentang kejadian kebakaran itu.

5

Ketika pihak bomba sampai, kedai tiga tingkat itu sedang terbakar sehingga 80 peratus.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh sejam, api berjaya dikawal oleh pihak bomba.

Nasib baik kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan, mungkin kerana pada awal pagi, jadi kakitangan Jakel juga masih belum sampai ke sana kerana kedai masih belum dibuka pada waktu itu.

Dalam masa yang sama, rata-rata netizen di Twitter sedih dengan berita kebakaran itu kerana ramai antara mereka yang sering atau pernah ke situ ketika musim perayaan untuk membeli kain dan baju raya.

Korang boleh tengok video kebakaran tersebut yang dikongsikan oleh netizen di sini.

Baca: 7 Benda Yang Anda Tidak Boleh Simpan Dalam Kereta, Ramai Buat Tapi Tak Tahu Kesan!

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.