Sedar tak sedar, Sukan Komanwel telah pun membuka tirainya baru-baru ini. Saingan atlet negara kita untuk merangkul pingat emas dalam kejohanan itu pastinya dinanti-nantikan peminat sukan tanah air.
Ketika berlangsungnya satu perlawanan badminton antara Malaysia dan Jamaica, kasut salah seorang pemain dari Jamaica telah terkoyak dan menganggu pergerakannya. Pemain lain cuba membantunya dengan meminjamkan kasut, namun akibat saiz yang berlainan, beliau tidak dapat meneruskan perlawanan sehinggalah jurulatih pasukan badminton Malaysia meminjamkan kasut yang dipakainya untuk pemain itu.
Momen indah dalam perlawanan badminton itu boleh ditonton dalam video @wanyqt23 dibawah.
@wanyqt23 Cuteee jaaa yong datang tanya Ricketts🥹 the sportsmanship🤝 the story of kasut terkoyak tapak with happy ending🥰 #commonwealthgames2022 #ngtzeyong #badmintonmalaysia #coachhendrawan
Semangat kesukanan yang tinggi
Hebat sebenarnya jurulatih pasukan badminton Malaysia ni. Sanggup berkaki ayam dan pinjamkan kasut kepada pemain pasukan lawan untuk teruskan permainan. Terima kasih kerana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi kepada semua penonton.
Betul, tindakan yang sangat bijak oleh coach dalam menunjukkan teladan yang baik kepada semua. Terbaik lah coach!
Kann… yang cameraman pun satu, saja je fokus dekat kaki coach tu. Tak pernah dibuat orang, coach pihak lawan bagi kasut dekat pemain time tengah game.
Macam min cakap tadi, momen indah dalam sukan badminton yang satu dunia tak pernah tengok. Min pun tumpang bangga.
Pujian harus diberikan kepada Coach Hendra yang sanggup pinjamkan kasut. Tak semua orang sanggup pinjamkan kasut, lagi-lagi kepada pasukan lawan.
Kita semua manusia, tak rugi pun kalau kita dapat bantu orang lain kan. Teladan yang baik telah ditunjukkan oleh jurulatih negara.
Untuk rekod, pemain Malaysia, Tze Yong telah berjaya menewaskan lawan dari Jamaica dengan keputusan 21-12, 21-16 dalam perlawanan itu.