Seperti semua sedia maklum, kebanyakan tempat di Malaysia kini sedang dilanda taburan hujan yang tinggi. Banyak kawasan yang dinaiki air dan akibat daripada itu, kehidupan penduduk setempat jugak terjejas gara-gara banjir. Perkara ini juga membuatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM mengalami kesukaran dalam membuat persediaan.
Akan tetapi, itu langsung tak menjadi penghalang bagi seorang bapa ni yang sanggup redah banjir semata-mata nak ambil kelengkapan SPM anaknya.
Menurut Astro Awani, bapa yang bernama, Wong Ka Chuan merupakan salah seorang mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor yang baru saja dilanda bencana alam itu.
Anaknya pula yang dikenali sebagai Wong merupakan seorang pelajar dan akan mengambil Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM pada hari ini di SMK Laksamana.
Disebabkan tu, dia yang juga merupakan seorang peniaga ubat di kawasan tersebut sanggup mengharungi banjir untuk mengambil kelengkapan peperiksaan anaknya di kedai miliknya.
“Esok (Selasa) anak saya ada ujian SPM. Kena ambil barang sikit di kedai.”
Artikel berkaitan: “Luar gangster, dalam hati ada taman” – Bapa Sanggup Menari Dengan Anak Atas Pentas, Siap Pakai Skirt Tutu Lagi!
Artikel berkaitan: Anak Hidap Tumor Otak, Bapa Sanggup Berkhemah Di ‘Parking Lot’ Hospital Demi Teman Anak
Oleh itu, dia bersama anaknya terpaksa meredah banjir yang bukan paras lutut tetapi paras dada tau! Walaupun begitu, Wong yang mementingkan pelajaran anaknya itu tetap sanggup berbuat demikian agar anaknya dapat jawab peperiksaan tersebut.
“Terpaksa redah juga, yang penting dia boleh jawab peperiksaan esok.”
Kata anaknya pula, segala persiapan rapi untuk ujian tersebut telah dibuat dan dia juga mengharapkan yang semuanya akan beransur pulih.
Menurut laporan, setakat jam 7 malam semalam, pusat bandar Kota Tinggi masih ditenggelami air dengan semua kedai ditutup kerana ketiadaan elektrik.
Semoga Wong dapat menjawab ujian tersebut dengan baik!
Sumber: Astro Awani