in

Kantoi Tonton Filem P*rno Punca Armor Toreador Naik Tangan Dekat Cut Intan Nabila

Ft Armor Pukul Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkenaan dengan penahanan suami kepada personaliti media sosial dari negara jiran, Cut Intan Nabila iaitu Armor Toreador, dia ada memberikan sebab kenapa melakukan keganasan terhadap isterinya itu, bagaimanapun pihak polis meraguinya.

Menerusi laporan Detik.com, pendedahan itu dibuat selepas polis ingin membuat soal siasat kepada mangsa untuk pengesahan, mangsa dikatakan masih lagi trauma dan mereka terpaksa tunda untuk melakukan perkara sedemikian.


Artikel berkaitan : “Mewakili netizen” – [VIDEO] Didakwa Pukul Isteri, Wartawan Tunjal Kepala Suami Influencer Indonesia

Artikel berkaitan: “Ini bukan kali pertama” – Anak Masih Bayi Ditendang, Influencer Indonesia ‘Expose’ Suami Kaki Pukul

“Kami ingin menggali pemeriksaan dari korban karena kemarin faktor psikologi masih trauma. Kami berinisiatif menghentikan dulu pemeriksaan korban,” kata Ketua Polis Bogor, Rio Wahyu Anggoro.

Malah, saat ditanya soal tentang isu perselingkuhan yang menjadi motif keganasan tersebut, Rio mengatakan pihaknya bahawa masih mendalami hal itu.

Armor Toreador Tersangka Kdrt Ke Istrinya Cut Intan Nabila Di Polres Bogor Sholihindetikcom 169

Namun, beliau ada menjelaskan bahawa, hasil soal siasat terhadap suspek, Armor memberitahu polis bahawa ia berpunca daripada dirinya yang ‘kantoi’ menonton filem porno.

Susulan itu, pihak polis cuba menyemak telefon bimbit Armor dan mendapati bahawa video tersebut telahpun dipadamkan.

“Pemeriksaan terhadap suspek masih diteruskan kerana ketahuan menonton filem porno, namun kami harus meng-cross-check dengan apa yang akan disampaikan mangsa dan handphone suspek yang sudah kami periksa sudah dihapus. Namun kami mempunyai satu teknik untuk penyelidikan iaitu crime scientific identification.”

Baru-baru ini, tular vieo dari rakaman CCTV memperlihatkan seorang personaliti media sosial Cut Intan Nabila dipukul oleh suaminya, Armor Toreador.

Armor ditahan oleh pihak polis ketika berada di sebuah hotel di Kemang, Jakarta Selatan. Dia dikatakan bersembunyi di situ dalam usaha untuk melepaskan diri selepas rakaman itu tular.

Sumber : Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.