in

“Kantoi call isteri saya belakang2” – Jofliam Dedah Siapa Sebenarnya ‘Ammar’?

syaz ft 2024 12 27T105657.837

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun pasangan pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam ini sudah bercerai namun cerita daripada dua-dua belah pihak masih menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini, tular rakaman suara pembantu Cik Epal yang dikenali sebagai Ammar didakwa telah diserang oleh bekas suaminya itu.


Artikel berkaitan: “Jangan acah sangat bro” –  Cik Epal Kongsi Rakaman Suara Jofliam Cuba Bel*sah Pembantunya?

Artikel berkaitan: Jofliam & Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat, Ingin Ceritakan Hal Sebenar Isu Pergolakan Rumah Tangga

Dalam rakaman itu, dapat didengari Jofliam memberi amaran kepada Ammar untuk tidak mendekati Cik Epal lagi dan akan ‘mengajar’ Ammar jika dia berbuat demikian.

Pun begitu, Jofliam menerusi laman Instagram miliknya tidak mendiamkan diri dan berkata bahawa itu merupakan rakaman video yang lama selain mendedahkan punca sebenar mengapa dia terlalu marahkan pembantu bekas isterinya itu.

1 8

Jofliam juga mendakwa dia terlalu marahkan Ammar kerana pembantu bekas isterinya itu merupakan punca perceraian mereka.

2 4

“Kenapa saya marah si budak Ammar ini? Lelaki ini adalah staf yang saya gajikan RM800 sehari.

Saya bayar gaji dia tapi ‘end up’ rumah tangga saya hancur berpunca dari dia.

Di Milan, saya ada dedahkan staf toksik dan inilah dia di Ammar, tuan-tuan.

Kalau betul lah bekas isteri saya kata, Ammar ni ‘spy’, kenapa mesti lelaki? Kalau dia boleh ingkar arahan suami dengan contact lelaki, kenapa tak ingkar terus dengan cari Dewi atau staf perempuan,” tulisnya.

Jofliam dalam siri hantaran itu bagaimanapun berkata dia hanya mahu move on daripada isu ini dan kerana ia merupakan isu yang lama.

Sebagai info, Jofliam dan Cik Epal bercerai selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.