Bila di jalan raya untuk memandu atau menunggang motosikal, fokus kita hanya tertumpu pada jalan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang menggunakan lebuhraya dan dengan kelajuan yang tinggi.
Cakap pasal fokus ni, min nak share satu video seorang lelaki yang terlampau kusyuk menunggang motosikal dengan gaya ‘fly’ sampai tak perasan kereta polis. Korang boleh tengok video @Tsgxy_ kat bawah ni.
https://twitter.com/tsgxy_/status/1563477681164824577?s=21&t=0p9iPmMhrOccSqfSn4GrkQ
Kantoi busuk
Aksi lelaki ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya. Mana tidaknya, polis dah pasang siren pun dia masih layan ‘fly’. Bila polis turun tingkap baru perasan dan ubah posisi menunggang.
Kusyuk sangat layan angin sampai tak perasan. Mungkin dia ingat dia Superman atas moto tu.
Hati kau keras! Polis buka siren dan lalu kat sebelah pun masih sambung fly. Memang keras.
Kita kalau tak buat salah tapi polis lalu sebelah pun rasa cuak jugak. Ini kalau dah terang-terang kantoi busuk macam tu confirm kecut lah.
Terkejut weh. Tapi nak buat macam mana, polis pun dah rakam kan. Nak nafi kesalahan memang tak boleh dah.
Confirm tak dengar siren dan tak perasan kereta polis ada kat belakang. Seronok dan kusyuk sangat layan angin sambil fly, habis lupa semua benda.
Baca: “Jarang berlaku ni” – Netizen Teruja Tengok Mat Moto Tolong ‘Towing’ Motosikal Polis Trafik