in

Kantoi Buang Timbunan Sampah Ke Kawasan Pantai, Pekerja Pembersihan Kena Pecat

mbjb buang sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama, tidak kira di mana pun kita berada.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang pekerja pembersihan dilihat melakukan kerjanya secara sambil lewa dan bertindak membuang bungkusan sampah ke kawasan pantai.


Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @laaibanatasha_ itu menarik perhatian ramai dan ada yang memuat naik semula video tersebut di Twitter.

Perkongsian yang berdurasi 1 minit 23 saat itu memaparkan seorang pekerja pembersihan yang dipercayai kontraktor Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bertindak mengosongkan tong sampah di tepi jalan, kemudian sampah yang telah diikat itu hanya dibuang ke bahagian tepi kawasan pantai.

Terbaru, pihak MBJB telah mengambil keputusan untuk memecat pekerja tersebut susulan video tular itu.

“MBJB turut mengeluarkan surat amaran kepada kontraktor terbabit dan mengarahkan pihaknya menandatangani Surat Aku Janji bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang,” katanya.

Selain itu pihak MBJB menyatakan mereka amat menghargai maklumat yang disampaikan orang awam.

Aduan boleh disalurkan melalui talian am MBJB (07-2198000), talian bebas tol (1300-88-0146) atau melalui WhatsApp (019-7788212).

Baca: “Busuk sampai dihurung lalat” – Tindakan Buang Perut Lembu Sesuka Hati Di Tong Sampah Dikecam Netizen

F4 Buang Perut Lembu Korban Di Tong Sampah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.