in

Kantoi Berdua-duaan Dalam Vellfire, Cikgu Tadika & ‘Rider’ Langgar Motosikal Polis

Syaz Ft 2024 10 25T111631.850

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila berada dalam keadaan terdesak, kadangkala tindakan kita boleh melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang guru tadika dan penghantar makanan bertindak melanggar motosikal polis selepas terkantoi mereka berdua-duaan di dalam sebuah Toyota Vellfire.


Artikel berkaitan: Anak ‘Kantoi’ Bawa V*pe & Telefon Ke Sekolah, Tindakan Ibu Ini Dipuji Ramai

Artikel berkaitan: Kantoi Tonton Filem P*rno Punca Armor Toreador Naik Tangan Dekat Cut Intan Nabila

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku di kawasan Jinjang pada pukul 11.45 malam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, anggota polis melalui tempat kejadian ketika rondaan cegah jenayah ternampak sebuah Vellfire dalam keadaan enjin hidup.

“Seorang daripada anggota berkenaan kemudian meletakkan motosikalnya di hadapan MPV itu dan menyuluh ke dalam sambil mengeluarkan kad kuasa polis.

Bagaimanapun, suspek lelaki yang ketika itu berada di bahagian belakang kenderaan terus bergerak ke bahagian pemandu dan bertindak menekan minyak lalu melanggar motosikal anggota polis berkenaan dan menyeretnya sejauh 300 meter sebelum melarikan diri,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua anggota polis itu yang sempat mengelak kemudian bertindak mengejar kenderaan tersebut yang dipandu ke arah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), namun suspek berjaya melarikan diri.

Suspek lelaki direman tujuh hari bermula hari ini manakala suspek wanita direman hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.