Berikutan penguatkuasaan perintah berkurung sebuah apartment di Mangaluru, India, seorang remaja berumur 17 tahun sanggup membawa kawannya masuk ke dalam apartment menggunakan luggage seawal pukul 2 pagi, lapor India Today.
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan itu bertujuan untuk melarang orang luar masuk ke dalam bangunan berkenaan bagi mengelak daripada tersebarnya jangkitan wabak Covid-19.
Dikatakan, remaja itu pergi ke rumah kawannya menggunakan skuter seawal pukul 2 pagi dan pulang dengan membawa sebuah luggage.

Curiga dengan tindakan remaja berkenaan, penduduk di sekitar apartment itu langsung menghubungi pengawal keselamatan selepas melihat beg yang dibawa oleh remaja berkenaan ‘bergerak-gerak’.
Ye lah, sape tak pelik bila tengok beg tiba-tiba bergerak laiin macam
Setelah diperiksa, kawan daripada remaja berkenaan ada di dalam luggage itu.

Kedua-dua remaja berkenaan ditahan pihak polis sebelum dilepaskan kerana mereka masih lagi bergelar student.
Alahahii, ada je idea nak di buat supaya tak kantoi waktu PKP ni.
 
					 Fadilah Rofiie
							Fadilah Rofiie
					
