in

“Kang Azizah dengar ni” – Ramai Terhibur, PMX Gurau Terlupa Soalan Bila Tengok Muka Amelia

collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah menghadiri program yang diberi nama “Temu Anwar” bagi menjawab soalan dan berdialog secara santai dengan anak-anak muda.

Program yang berlangsung selama dua jam ini telah dihadiri lebih 8,000 orang muda dan PMX turut menjawab puluhan soalan berkaitan isu semasa termasuk peluang pekerjaan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan ekonomi.


Untuk pengetahuan korang, program yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club ini turut disertai oleh selebriti Amelia Henderson sebagai moderator.

Ketika sesi ini dijalankan, PMX sempat bergurau dengan Amelia dan gurauan tersebut jelasnya telah mencuit hati hadirin di sana.

Dalam video yang tular di media sosial, dapat dilihat Amelia selaku moderator telah bertanya soalan mengenai bagaimana kita dapat menjadikan Anwar sebagai inspirasi apabila menghadapi halangan dan cabaran.

Namun begitu, sebelum menjawab soalan yang diberikan, PMX kita ni sempat berseloroh yang dia terlupa dengan soalan ditanya gara-gara tengok wajah Amelia. Hamboiiiii

Saya ada masalah, bila Amelia tanya soalan, saya perhati dia, saya terlupa soalan.”

Reaksi PMX ini jelasnya telah membuatkan Amelia tersipu malu serta penonton di sana terhibur. Namun, Anwar cepat-cepat mengatakan yang dia hanya bergurau serta turut memberitahu bahawa isterinya Dr. Wan Azizah sedang menonton rancangan ini.

Gurau je, kang Azizah dengar ni jangan main-main. Kang balik ni, ‘abang kata Temu Anwar, ni nampaknya Temu Amelia.”

Manakala di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur dengan gurauan PMX ini dan mengatakan yang perdana menteri ini turut tahu membuat lawak di kala sedang serius.

Screenshot 2023 03 20 at 2.55.29 PM down

Hahaha, terhibur min.

 

Baca: Ramai Kecam PMX Ucap Tahniah Pada Michelle Yeoh, Sampai Samakan Dengan Filem Mentega Terbang?

collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.