Sekarang ini ramai peniaga yang sudah mula gunakan platform media sosial untuk berniaga sebab lagi jimat kos. Tak perlu bayar sewa kedai yang mahal tiap-tiap bulan dan transaksi pembayaran pun lagi cepat dan senang.
Baru-baru ini viral di Facebook 3 hari lepas ada sorang kanak-kanak ini dia berniaga baju di FB Live. Pada mulanya, FB Live kanak-kanak tersebut cuma ada 4 orang sahaja, tapi tiba-tiba naik 14 ribu orang penonton. Terus bersemangat adik itu promote baju-baju yang dia niagakan. Terkejut weh adik tu!
Menerusi perkongsian oleh Ahm Bundle yang mendapat lebih 2 ribu likes dan hampir 2 ribu perkongsian, kanak-kanak tersebut beritahu yang dia tak reti main game di telefon dan cuma nak fokus dekat berniaga. Power la adik ni!
Biasanya kanak-kanak lagi suka main game atau keluar bermain di luar dengan kawan-kawan, tapi lain pula dengan adik ini. Lagi suka berniaga katanya. Kalau dah besar ni, ada harapan ni jadi ahli perniagaan yang berjaya sebab dah belajar berniaga dari kecil kan.
Siap menyanyi, menari
Kanak-kanak tersebut petah sangat bercakap buat ramai penonton terhibur dan terus stay sampai habis untuk tengok live kanak-kanak tersebut.
Sambil tunjuk baju-baju yang dijual sehelai demi sehelai, kanak-kanak itu menyanyi dan menari dengan gaya comel buat ramai yang terbuka hati untuk membeli baju-baju tersebut. Bila ramai yang mula tunjukkan minat untuk membeli baju-baju itu, boleh nampak muka gembira kanak-kanak tersebut gembira tak terkata.
Mungkin sebab adik ni pun rajin berniaga, Allah murahkan rezeki dia kan. Alhamdulillah.
Semoga murah rezeki
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian oleh Ahm Bundle itu beri reaksi positif kepada usaha kanak-kanak itu. Ramai juga yang berharap agar kanak-kanak itu dimurahkan rezeki sebab rajin berniaga.
Memang salute la kat adik tu. Kecil-kecil dan pandai berniaga. Kita doakan semoga kanak-kanak tu dimurahkan rezeki dan mana tahu bila dan besar nanti dia boleh jadi saing-saing Dato’ Sri AIiff Syukri atau Dato’ Seri Vida kan?
Sumber: Ahm Bundle