in

Kanak-Kanak Dikejar Anjing Liar Minta Bantuan, Ramai Puji Tindakan Lelaki Ini

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berdepan situasi cemas apabila dia dikejar oleh dua ekor anjing liar di sebuah kawasan perumahan di Shah Alam.

Kejadian ini berjaya dirakamkan menerusi kamera papan pemuka (dashcam) seorang individu. Pemilik akaun Facebook Ahmad Zufar memuat naik rakaman berdurasi seminit dan 39 saat itu di laman Facebook.


Menerusi video yang dikongsikan, seorang kanak-kanak lelaki dilihat melarikan diri daripada dikejar oleh dua ekor anjing, sebelum datang meminta bantuan kepada lelaki tersebut. Jelas Zufar, dia menyangka kanak-kanak tersebut sedang bermain di situ.

1 1 1

Sambung Zufar lagi, ketika itu dia sedang berhenti di sisi jalan kerana tersalah arah. Namun ketika sedang menggunakan telefon bimbit, kanak-kanak yang disangka sedang bermain datang meminta bantuan.

“Tiba-tiba ada sorang budak ni dok berpusing keliling kereta, datang makin dekat. Rupanya kena kejar dek anjing. Mati-mati la aku ingat tu anjing dia, memang aku tak perasan. Bila dah check dashcam baru nampak rupanya dia dah kena kejar dari jauh”

“Rumah dia area belakang je, tapi sebab jauh nak pusing, dan anjing masih kejar. Dia minta tolong nak masuk dalam kereta dan hantar ke rumah. Kesian betul tercungap-cungap dia”

“Beradab budaknya, banyak kali say thank you, sorry. Abang cuma mampu bantu mana yang boleh ye dik, lepas ni hati-hati bila nak keluar.”, tulis lelaki ini dalam satu kenyataan.

https://www.facebook.com/ahmadzufar01/posts/pfbid0sFLgSYBaCk2etxsKDGqbY48KLWrA9og9nVtaetMjt7DDGXnETYnMhy8mXcs7YbUWl

Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian warganet di media sosial yang rata-ratanya memuji tindakan pemuda ini. Ada juga yang menyuarakan kerisauan terhadap anjing liar yang boleh membahayakan keselamatan pejalan kaki.

“Tahniah. Abang telah mempermudahkan urusan orang lain. Insya-Allah suatu masa nanti, orang lain pula akan permudahkan urusan abang,” tulis seorang individu.

“Saya juga pernah dikejar anjing sewaktu hendak pergi ke kelas tuisyen dulu. Pada waktu itu, saya sedang menaiki basikal dan trauma serta fobia itu kekal hingga ke hari ini. Sehinggakan suami memarahi saya yang terjerit-jerit setiap kali melihat anjing”, komen seorang individu yang mempunyai trauma degan anjing liar.

Kredit: Ahmad Zufar

BACA: Viral Tangkap Anjing Liar Secara Kejam, Peguam Bagi MPK 7 Hari Untuk Ambil Tindakan

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.