Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Pasir Mas, Kelantan dilaporkan telah cedera di dada dan di bahagian perut akibat ditikam oleh bapanya sendiri.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut telah berlaku pada pagi Jumaat semalam dan mangsa telah ditikam oleh bapanya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.
Menurut moyang mangsa, moyang kanak-kanak tersebut mengakui dia terkejut dengan kejadian itu kerana bapa dan anak itu sentiasa ke mana-mana berdua kerana hubungan mereka dua beranak rapat, lapor Harian Metro.
Difahamkan, suspek iaitu bapa mangsa dilaporkan telah menerima rawatan psikiatri sehingga kini sejak dari tahun 2008 kerana dipercayai mempunyai masalah mental.

Artikel berkaitan: Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditik*m 6 Kali Oleh Penceroboh Di Rumah
Artikel berkaitan: “Beri kami ruang” – Kareena Kapoor Keluarkan Kenyataan Susulan Insiden Menimpa Suami
Kini, suspek yang berusia 40-an telah pun ditangkap oleh pihak polis dan ditahan direman oleh pihak berkuasa selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed iaitu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, suspek kini sedang dalam proses perceraian buat kali ketiga dengan isterinya.
Punca kejadian dipercayai akibat masalah rumah tangga yang dialami oleh suspek.
Sumber: Sinar Harian