Setiap kanak-kanak sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam. Sebab itulah ramai antara anak-anak ini suka bertanya sampai pening mak ayah masing-masing nak jawab soalan dorang ni.
Namun kadang-kadang sifat ingin tahu mereka ini boleh membahayakan diri sendiri.
Itulah situasi yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Kota Kinabalu, Sabah ini apabila tangan kanannya tersekat dalam kotak pembesar suara.
Menurut Sabah Media, tangan kanak-kanak perempuan tersebut tidak dapat dikeluarkan daripada pembesar suara tersebut.
https://www.facebook.com/borneoecho/posts/pfbid02Rc9A3VgacAhUemfF7qhyZKdfzuzMeyjZqFhNaBiWaxnzKDeAuTwFzK2VEmufz3Ttl
Jadi, pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu telah bergegas ke rumah mangsa untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan setelah pihak mereka menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada 31 Januari lalu.
Memetik laporan Wau Post, difahamkan, kanak-kanak itu memasukkan tangannya ke dalam lubang kotak pembesar suara itu kerana ingin mengetahui apa yang ada di dalamnya. Biasalah budak-budak kan, dorang kan selalu curious dengan objek-objek di persekitaran dorang.
Difahamkan juga, pihak bomba mengambil masa selama lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak tersebut dan dipercayai tiada kecederaan yang teruk dilaporkan.
Apa-apa pun, dengar kata, speaker tu masih tetap boleh digunakan macam biasa selepas kejadian tu. Kiranya berkualiti tinggi jugak la kan brand speaker tu.
Sumber: Sabah Media