Bermula Februari ini, kerajaan akan menjalankan program vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia 5 ke 11 tahun.
Perkara ini diumumkan sendiri oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui Twitter rasmi.
Menurut JKJAV, hanya vaksin Pfizer-BioNTech dos kanak-kanak telah diluluskan untuk kumpulan ini setakat ini, dan terbukti selamat dan berkesan.
Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.
“Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.”
Keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap kanak-kanak
JKJAV turut menambah bahawa manfaat pengambilan vaksin ini melebihi potensi risikonya berdasarkan kajian klinikal fasa 1 yang dijalankan di Amerika Syarikat dan turut sertakan keselamatan dan keberkesanannya yang korang perlu tahu…
- Kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas
- Ujian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala dikalangan kanak-kanak yang telak divaksin
- Kesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana. Kesan buruk daripada vaksin Covid-19 jarang berlaku
- Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka panjang akibat jangkitan Covid-19
The government will initiate the COVID-19 Immunisation Programme for children aged 5 to below 12 years old starting from February.
Pfizer pediatric dose is currently the only approved vaccine for this age group which has been proven to be safe and effective.#PICKids pic.twitter.com/SMIVdCLKhF
— Vaksin COVID-19 ?? (@JKJAVMY) January 19, 2022
Parents semua dah sedia ke nak bagi anak-anak divaksin ni?
Baca: Wanita Nak Saman KJ & KKM Sebab Bengang Suami Senyap-senyap Vaksinkan Anak