Isu rumah tangga pelakon ternama Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof masih lagi banyak diperkatakan oleh netizen.
Sebelum ini, Puteri Sarah telahpun bertindak menyaman seorang wanita yang juga anak kepada pelakon tempatan Ira Kazar selepas dia dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan pelakon dan pengarah itu.
Terbaru, bintang Sabarlah Duhai Hati itu bertindak mengeluarkan saman terhadap seorang netizen yang didakwa telah mengeluarkan fitnah terhadapnya.
“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dgn apa yg korang lihat dan dengar tanpa bukti yg kukuh.
Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata2 dan jaga keluarga sendiri.” tulisnya.
Individu yang disaman itu mengatakan Puteri Sarah bersungguh-sungguh ingin menyelamatkan rumah tangganya dan mengeluarkan saman hanya kerana suaminya itu seorang yang kaya, individu itu juga menyatakan Puteri Sarah berbuat demikian kerana tidak mahu dimadukan.
Malah, individu berkenaan juga mengatakan Puteri Sarah sengaja mengajak orang ramai membenci Ira Kazar walaupun pada hakikatnya suaminya sendiri yang meletakkan dirinya dalam situasi tersebut.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa…
Baca: “Belajar, paham dulu agama!” – [VIDEO] Puteri Sarah ‘Ceramah’ Netizen Tentang Isu Poligami