Pelakon Emma Maembong menceritakan bahawa dia pernah menjadi mangsa ilmu hitam daripada seorang peminatnya, ia didedahkan menerusi satu sesi audio siar (podcast) bersama pelakon Safwan Nazri.
Disebabkan itu, Emma menyatakan bahawa dia tidak berlakon selama setahun lebih kerana ‘penyakit’ yang dialaminya.
Artikel berkaitan : “Saya dan fitnah macam bestfriend” – Emma Maembong Tak Melatah Dituduh Jadi ‘Swinger’
Artikel berkaitan : “Ingat nak buat solidariti” – Emma Maembong Dikecam Berjoget Ketika Promote Hoodie Palestin
Jelas Emma, ia berpunca daripada satu majlis ketika bersama peminat, nak dipendekkan cerita, Emma ada bergambar dengan seseorang, namun selepas bergambar, dia mendengar bahawa individu tersebut ditengking oleh seseorang yang meminta agar dia mendapatkan gambar penuh Emma.
Semenjak itu, dia mula alami gangguan aneh ketika dia keluar bersama rakan artis untuk berhibur. Jelasnya, dia telah dirasuk apabila terbaca satu caption pada foto yang di ‘tag’ profilnya menerusi Instagram.
“Aku tengah main handphone, aku nampak lelaki tag aku gambar aku full, tapi caption panjang. Kalau kau dapat tag dengan caption panjang kau baca tak? Mestilah kau nak baca, kau nak tahu apa yang dia cakap, adakah itu benda baik atau benda buruk.”
“Aku baca, permulaannya apa yang aku ingat macam (satu bacaan mantra), aku tak sedar (muka tercengang), aku baca balik aku macam apa kau mereka ni? Aku baca aku dah kena mantra, aku dah tak ingat apa jadi masa tu aku meronta-ronta.”
Setelah dia sedar, dia melihat rakan-rakannya sedang memegang erat dirinya, dan rakannya menjelaskan bahawa dia mengilai, menjerit dan histeria. Jelasnya, ia adalah gangguan paling teruk dan sejak dari itu dia kerap diganggu.
Malah pernah sekali dia ternampak kelibat individu tersebut ketika majlis perkahwinan kakaknya dan ia membuatkan Emma jadi takut, lelaki tersebut cuma mahu mendekati Emma tapi berjaya dihalang. Malah pihak polis juga telah menghalang individu itu daripada memasuki kawasan majlis.
Namun begitu, ada sesuatu perkara yang terjadi dan ia membuatkan Emma jadi semakin bimbang di mana lelaki itu memberi ‘ugutan’ menerusi Instagram miliknya.
@sembangseram Ada eh orang yg sanggup buat macamni😭😭😭 #Sembangseram #Emmamaembong #SembangSeramEmmaMaeombong #KisahSeram #CeritaHantu #Seram #Hantu
Rasanya artis adalah golongan yang paling senang nak kena dengan ancaman ini. Meremang bila dengar kisah dia ni, boleh tengok full dekat sini.