Semalam, viral sebuah video menunjukkan seorang wanita memarahi staf hospital selepas didapati memasuki wad secara senyap untuk melawat suaminya.
Kejadian itu berlaku di Hospital Miri dan melalui rakaman video tersebut, beberapa orang staf dilihat cuba meminta wanita tersebut keluar selepas bimbang jika sekiranya dia telah memasuki wad pesakit Covid-19.
Namun, ketika disuruh keluar wanita tersebut naik angin dan mula memarahi staf-staf tersebut. Dia didengari berkata yang dia dalam keadaan sihat sahaja dan mereka tidak perlu berasa takut.
You already crazy, you know? Saya orang yang sihat. Kenapa kamu takut orang yang sihat. Saya tidak faham.”
Kenapa kamu orang takut sama saya. Jangan sentuh saya! Tidak boleh sentuh saya. Cuma polis boleh sentuh saya sahaja.”
Staf yang merakam video tersebut turut berkata kepada wanita itu bahawa dia perlu merakamkan video sebagai bukti dan untuk memberitahu rakan sekerja supaya dapatkan bantuan.
Pihak hospital kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan video itu yang viral di Whatsapp. Menurutnya hospital telah mengetatkan polisi penjagaan dan lawatan ke wad jadi sukar bagi keluarga untuk saling berhubung bersama pesakit.
https://www.facebook.com/MiriHospitalOfficial/posts/1809732375860814?_rdc=1&_rdr
Disebabkan itu, situasi tersebut berlaku kerana wanita terbabit enggan memberi kerjasama untuk mematuhi polisi hospital. Indisen tersebut kemudian diselesaikan dengan bantuan pihak polis dan wanita berkenaan telah diberikan sesi kaunseling.
Ketika sesi itu, wanita berkenaan akui mempunyai kerisauan terhadap suaminya sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan emosi yang tinggi.