Semalam, ramai yang dikejutkan dengan berita gempa bumi berskala 7.3 Ritcher melanda wilayah Fukushima di Jepun.
Gempa bumi kuat itu juga menggegarkan bangunan dan mencetuskan amaran tsunami apabila pihak berkuasa merekodkan paras air sehingga 30 sentimeter lebih tinggi daripada biasa di beberapa kawasan.
Beberapa video situasi gempa bumi semalam dapat direkodkan dan tular di media sosial.
SHOCKING: Huge flashes seen in the sky as 2 million homes in #Japan left without power after 7.3 earthquake pic.twitter.com/CfjXcb5Lmv
— GBN (@GBNfeed) March 16, 2022
Bangunan terpaksa dikosongkan
Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi genting tersebut dimana mereka terpaksa mengosongkan bangunan pada tengah malam dan mereka berlari turun dengan baju tidur.
https://twitter.com/arnikamollis/status/1504139870800809987?s=20&t=fKlbJYF_HlCH2XNUTzRADg
Difahamkan, setakat ini dua maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan sebahagian besar kawasan di timur Jepun itu dan Tokyo Electric Power Company 9501.T memaklumkan, terdapat kira-kira 2 juta isi rumah terputus bekalan elektrik.
Gegaran kecil terus dirasai di wilayah terlibat iaitu Fukushima dan Miyagi sepanjang malam semalam hingga awal pagi ini dan laporan awal kerosakan adalah agak kecil. Menurut pegawai, situasi juga masih normal di loji-loji nuklear.
Sebagai info, wilayah yang sama sebelum ini pernah dilanda gempa bumi kuat, diikuti dengan tsunami pada tahun 2011 yang mencetuskan bencana nuklear Fukushima.
Sumber: Astro AWANI
Baca: [TERKINI] “Gempa bumi ke?” – Kecoh Satu KL Rasai Gegaran Pagi Ini!